Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 12, 2024 @ 4:38pm

Tak Simpan Dendam, Yusof Haslam Syukur Kepulangan Syamsul Bukti Doa Termakbul… Pulang Tanpa Paksaan  – “Macam Mana Pun Dia Tetap Anak Kami”

Pelakon, pengarah dan penerbit popular, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa syukur apabila kepulangan susuk anak kesayangannya ke pangkuan keluarga pada Rabu bukti doanya dan isteri termakbul.

Kata Yusof, dia dan isteri tidak menyimpan dendam apatah lagi membenci darah dagingnya sendiri selepas beberapa kemelut kontroversi melibatkan anaknya itu tular.

“Alhamdulillah, doa saya sudah termakbul. Kita doakan yang baik-baik.

“Dia datang peluk saya dan datin. Dia juga minta maaf dan ingin lupakan segala yang berlaku.

Mengulas lanjut, pengarah filem Box Office Sembilu dan Maria Mariana ini menjelaskan bahawa keputusan untuk berjumpa dengan ahli keluarga dibuat Syamsul tanpa ada sebarang desakan.
Malah, sebagai seorang bapa dia berharap agar pertemuannya bersama anaknya itu terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.
“Kita sebagai orang tua yang sudah di penghujung usia, mahu semuanya berbaik dan berdamai. Moga ikatan ini kekal hingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah saya bersyukur sangat,” jelasnya.
Ketika ditanya mengenai spekulasi yang bakal timbul terhadap hubungan anaknya dan bekas menantunya, Yusof bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Menurutnya, dia tidak mahu masuk campur urusan jodoh anaknya itu.
“Saya tak mahu masuk campur urusan jodoh Syamsul.
“Saya serahkan segala keputusan dekat dia walaupun Syamsul decide nak membujang.
“Saya tidak mahu kalau ada apa-apa jadi kelak saya dan datin akan dipersalahkan. Terserah kepasa Syamsul dan Sarah nak berbaik semula atau tidak,” ulasnya.
Terdahulu, perkongsian foto Syamsul bersama kedua ibu bapanya disertai dengan kehadiran Puteri Sarah mencuri perhatian ramai pihak.
Bahkan, ramai yang meluahkan rasa sebak melihat keluarga itu merakamkan foto bersama-sama.
Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Sep 2025

“Tayang Hidup Mewah Ini Satu Penyakit, Geli Kepada Mereka Yang Tak Reti Bersyukur” – PU Riz

Bermewah ada efek bahagia tapi itu bukan segala-galanya – PU Riz

Featured Thu, 23 Jan 2020

Kebaikan limau mandarin untuk kecantikan dan kesihatan

Terlalu banyak khasiatnya, tetapi perlu waspada

Hiburan Thu, 24 May 2018

Daesung’s Reason for Hospitalisation Revealed

No worries, guys. It wasn’t anything severe.

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Siti Elizad Masih Bahagia?

Sebagai peminat lebih elok jika kita doakan yang baik-baik sahaja

#ThrowbackXTRA Wed, 17 May 2023
Featured Sun, 21 Mar 2021

Bila Boleh Rentas Negeri? Ini 6 Faktor Penilaian Risiko Oleh KKM

Bulan Ramadan dan Syawal bakal menjelang tiba dan pastinya ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman. Walaupun sekatan rentas negeri masih belum dibenarkan di antara kawasan hijau, namun adalah tidak mustahil untuk orang […]

Trending Tue, 1 Jan 2019
Hiburan Fri, 3 Jan 2020
error: Content is protected !!