Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 3, 2022 @ 11:19am

Selepas 8 Tahun, Kembara Ubati Kerinduan Peminat Dengan Konsert

Selepas kali terakhir mengadakan konsert pada 2014, kumpulan Kembara bakal mengubat kerinduan peminat yang tak pernah lelah menyokong.

Untuk tahun ini, Shiraz Projects Sdn Bhd memikul tanggungjawab membawakan Konsert Kembara Panorama Jingga: 1444 Hijrah pada 31 Julai 2022 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Bakal bermula pada pukul 8.30 malam, konsert yang menghimpunkan tenaga dan kehebatan Datuk M.Nasir (vokal), Zoul (gitar utama, vokal), Rahman Suri (bass), Shahrum Basiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard) itu akan turut mengheret penonton ke suatu dimensi masa bersama lagu-lagu berjiwa besar mereka.

Buat Zoul selaku gitaris dan gitaris kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1979 ini, semangat mereka kali ini lebih membara.

“Saya merasakan bahawa semangat kami lebih walaupun usia semua sudah agak menjangkau tetapi semangat kuasa kuda masih ‘maintain’. Kami betul-betul teruja dengan konsert yang akan datang ini,” katanya.

Kumpulan Kembara sudah memulakan persiapan sejak dua bulan lepas dan membayangkan bahawa banyak lagu yang akan dimainkan khusus untuk para peminat setia mereka.

“Menarik lagi, pemilihan lagu-lagu untuk konsert kali ini dibayangkan dalam repertoir yang sangat istimewa dan rare!

“Kita banyak nak kena main lagu-lagu yang kita belum pernah mainkan lagi. Jadi praktis kena lebih. Tentang pemilihan lagu yang belum pernah dimainkan, istimewanya kerana lagu-lagu itu dirakamkan lebih 30 tahun.

“Tak disangka bila Kembara semak balik lagu-lagu kita ada, kita sendiri jadi, ‘ehh lagu ni sedap’ dan patut diketengahkan sebelum ini, “ujar mereka bersama.

Buat Shahrum, pemain dram yang sebelum ini tidak dapat beraksi dalam konsert terdahulu, dia sangat ternanti-nantikan konsert yang akan berlangsung 31 Julai ini.

“Konsert ini saya rasa macam yang terbaik untuk semua kerana konsert yang lepas saya tak dapat main kerana tuntutan kerja. Saya berasa bangga dan akan buat terbaik,” katanya.

Ditanyakan kepada M. Nasir tentang keistimewaan konsert kali ini, beliau menyifatkan ia sebagai suara satu generasi.

“Istimewanya konsert ini kerana ia merupakan suara satu generasi. Generasi yang saya maksudkan ialah generasi 80-an. Selain rock muzik yang keras, Kembara membawakan satu muzik yang berbeza iaitu dari segi senikata.

“Kembara banyak bertemakan kerakyatan dan itu ciri khas dia. Ini bukan muzik lama tapi muzik sekarang. Bila kita buat muzik, kita tidak hanya tuju kepada generasi itu (80-an) sahaja. Bentuk muzik akan menjangkau generasi,” katanya.

Menurut Shirazdeen Karim selaku Ketua Pengarah Eksekutif Shiraz Projects, sudah lama pihaknya mengimpikan untuk bekerjasama dengan kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Hati Emas dan Ekspres Rakyat akhirnya bakal terlaksana juga pada Julai ini.

“Perbincangan dan perancangan konsert ini sudah bermula sebelum pandemik lagi dan kami akur dengan keadaan yang melanda. Untuk tahun ini, kami sangat bersemangat untuk membawakan lagu-lagu Kembara berkumandang di dewan berprestij iaitu Dewan Plenari.

“Pastinya Kembara akan memberikan sebuah persembahan yang bertenaga dengan untaian lagu-lagu mereka yang cukup nostalgik dan ikonik untuk para pendengar,” katanya.

Tiket-tiket berharga RM860 (Meet and Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold), RM200 (Silver) dan RM160 (Bronze) sudah dijual mulai 10 Jun 2022 lalu. Peminat-peminat Kembara juga boleh membeli t-shirt eksklusif apabila membeli tiket konsert di laman web www.myticket.asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Tercekik Sudu Bukan Gimik, Ezuwan Ismail Sedia Terima Kritikan Netizen

Buat apa nak terasa…semua orang berhak beri pendapat. Betul tak?

Hiburan Tue, 11 Jun 2019
Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Hiburan Tue, 28 Aug 2018

《樱桃小丸子》漫画家樱桃子乳癌辞世 享年53岁

日本著名漫画家《樱桃小丸子》原作者樱桃子,于2018年8月15日晚上8时29分,因乳癌与世长辞,享年53歳,丧礼已举行完毕。

Hiburan Sat, 18 Nov 2023

Nabila Razali Selamat Bergelar Isteri Nik Iruwan

Tahniah Nabila Razali & Nik Iruwan!

Hiburan Tue, 31 Mar 2026

Isu Sijil Nikah Selesai, Peguam Tampil Jelaskan Kekeliruan Perkahwinan Aslam & Marissa Dania

Pernikahan mereka adalah sah mengikut hukum syarak – Peguam

Hiburan Sun, 5 Jan 2025

“Sebagai Seorang Ibu, Saya Bersyukur Lihat Anak Kedua Selamat Bernikah” – Sheila Rusly

Alhamdulillah, anak kedua Sheila Rusly selamat bernikah baru-baru ini.

Featured Mon, 4 Jul 2022

Didakwa Guna Kecantikan Untuk Terkenal, Ini Respons Anna Jobling Mengenai ‘Beauty Privilege’

Amboi, siapa yang cakap Anna guna kecantikan untuk raih populariti ni? Min suka response Melur ni, terbaikk!

Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Betul Ke Haqiem Rusli Perasan Diri Bagus?

Haqiem Rusli dikecam oleh netizen kerana perasan bagus namun dia menyuarakan pendapatnya.

error: Content is protected !!