Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 17, 2025 @ 12:01pm

Cantik Bukan Sebab Jalan Pintas, Scha Elinnea Nafi ‘Buat’ Hidung

“Lakukan perkara yang boleh buat kamu bertambah yakin dan senang dengan diri sendiri”.

Demikian respons yang diberikan pelakon Scha Elinnea apabila disoal mengenai dakwaan membuat pembedahan hidung untuk kelihatan cantik.

Kata Scha atau nama penuhnya, Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, dia percaya setiap individu mempunyai pandangan masing-masing mengenai isu tersebut.

“Lakukan saja cara yang boleh membuatkan anda berasa senang dan yakin dengan diri sendiri,” katanya

Scha berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan Raya Aidil-Fit-Rizzyang berlangsung di EQ Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut, pelakon berusia 25 tahun ini tampil menjelaskan mengenai video tular memperlihatkan dia sedang melakukan prosedur rawatan hidung di sebuah klinik.

Jelasnya, video tersebut adalah ketika dia melakukan prosedur Tumpuan Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (HIFU).

“Saya buat HIFU, mesin untuk garis rahang. Saya sebenarnya nak bentukkan wajah bukan buat pembedahan.

“Buat pun untuk hilangkan lemak dan ia dilakukan banyak kali memandangkan ia menggunakan mesin,” jelasnya.

Sebelum ini, pelakon drama Anak-Anak Mafia ini juga pernah terpalit isu sama apabila didakwa melakukan pembedahan kosmetik pada bahagian wajahnya demi meningkatkan keyakinan diri.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Scha Elinnea Mengaku ‘Operate’ Muka Demi Keyakinan Diri -” Mengapa Tidak? Asal Tak Kacau Orang”

ARTIKEL BERKAITAN:“Status Hubungan Dengan Jazmy Juma Biarlah Rahsia” –  Scha Elinnea

ARTIKEL BERKAITAN:Scha Elinnea Bengang Dengan Produksi – “Lama Dah Bersabar Dengan Tempat Toksik Ni”

ARTIKEL BERKAITAN:Pernah Alami Gangguan Kesihatan Mental, Scha Elinnea Tak Peduli Kritikan Netizen

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Feb 2026

“Ini Bukan Soal Ego, Tapi Soal Kedamaian Tu Datang Sementara”- Derita Dalam Diam, Nabila Huda Akui Sudah Penat

Katanya, situasi yang dihadapinya itu bukanlah melibatkan soal ego untuk berdamai seperti yang sering didakwa segelintir pihak melainkan,  sudah ‘penat’ untuk berjuang sendirian.

Trending Tue, 24 Nov 2020
Featured Sat, 5 Mar 2022
Featured Mon, 28 Jan 2019

Pelakon Sherry Ibrahim berang dituduh buat pembedahan kosmetik

Minta netizen hentikan fitnah terhadapnya!

familuv Tue, 24 Mar 2020
Featured Wed, 20 Feb 2019
Featured Mon, 24 Dec 2018
Featured Wed, 16 Feb 2022

Gara-Gara Darah Haid Tak Stop 2 Bulan, Wawa Zainal Buang Alat Cegah Kehamilan

Yelah, siapa pernah kena memang rasa tak selesa sangat

error: Content is protected !!