Euforia Bola 2026
familuv By: Shaidah Shafie March 24, 2020 @ 10:22pm

Ibu bapa suka mengongkong punca anak kemurungan

Memiliki cahaya mata adalah puncak kegembiraan setiap wanita bergelar ibu sehinggakan setiap detik dilalui bersama si kecil ingin dirakam dan tidak mahu terlepas walau sesaat.

Ada kalanya, sikap ibu bapa yang terlalu bimbang akan si kecil menyebabkan mereka sentiasa mengawasi pergerakan anak agar tidak jatuh, tercedera atau mengalami apa sahaja ancaman hatta digigit nyamuk.

Sikap sebegitu ada kalanya berlarutan sehingga anak membesar, malah pengawasan yang keterlaluan boleh menyebabkan kanak-kanak berkenaan rimas dan secara tidak langsung boleh menyebabkan si kecil kemurungan.

Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Zuria Mahmud, berkata kanak-kanak yang terlalu dikongkong akan memberontak apabila mereka besar kelak.

“Bagi anak-anak, ibu bapa adalah contoh terbaik dan oleh sebab itulah ibu bapa perlu mewujudkan sikap mesra dengan anak.

“Semua ibu bapa berniat baik untuk melihat anak membesar dengan selamat sehingga menganggap tindakan sedemikian seperti mengongkong atau terlalu berkeras adalah cara terbaik dalam mendidik anak,” katanya.

Kanak-kanak yang diberi kebebasan untuk meneroka akanmembesar menjadi insan berdikari. (Gambar hiasan/NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN)

Kebanyakan pakar kanak-kanak berpendapat ibu bapa perlu memberi sedikit kebebasan untuk anak-anak meneroka sesuatu perkara dengan cara mereka.

Misalnya, kebanyakan ibu terlalu bimbang apabila si kecil mula belajar untuk berjalan. Bagi memudahkan si kecil, kebanyakan ibu bapa akan meletakkan anak di dalam alat untuk membantu si kecil berjalan (walker).

Ada ibu bapa yang mengikat alat berkenaan pada sesuatu bagi menghalang si kecil bebas bergerak dengan niat baik untuk mengelakkannya daripada kemalangan seperti terlanggar kerusi atau meja.

Malangnya, perbuatan berkenaan tidak membantu si kecil untuk memahami kesilapan yang mungkin berlaku.

Sebaliknya, dengan membiarkan si kecil bebas meneroka, si kecil mungkin akan terbabit dalam kemalangan kecil seperti terlanggar bucu meja atau kerusi. Pengalaman itu akan mengajar kanak-kanak berkenaan untuk lebih berhati-hati apabila melalui bucu meja atau kerusi.

Cara terbaik adalah ibu bapa hanya mengawasi anak dan pada masa sama memberikan mereka kebebasan untuk meneroka apa sahaja perkara yang mereka ingin lakukan.

Biarkan si kecil merangkak untuk mereka belajar meneroka persekitaran. (Gambar hiasan/NSTP/ Zulkarnain Ahmad Tajuddin)

Jika si kecil merangkak, biarkan sahaja mereka bergerak ke semua arah tapi pastikan mereka tidak mengutip bahan yang ada di lantai dan tidak memasukkannya ke dalam mulut.

Begitu juga apabila membawa si kecil ke padang permainan, biarkan mereka lepas bebas, namun tetap mengawasi si kecil supaya tidak berlari jauh dari pandangan mata.

Dengan kebebasan sedemikian, si kecil membesar dengan fahaman ibu bapa membenarkan mereka melakukan apa sahaja, namun ada batasnya dan pada masa sama ibu bapa tetap menyayangi mereka

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Jul 2025

Selepas Mona Lisa, Alpha Terus ‘Meroket’ Dengan Single Kedua “P. Ramlee & Saloma”

Single pertama Mona Lisa sahaja dah cecah 250,000 tontonan di Youtube.

Featured Fri, 14 Apr 2023
#tilljannah Wed, 14 Dec 2022

Zahirah Macwilson Selalu Dengar Lagu Aiman Hakim Sebelum Kahwin – “Not Knowing 4 Years Later…”

Pelakon cantik, Zahirah Macwilson mengimbas kembali momen ketika mendengar lagu Buatmu Cinta nyanyian suaminya, Aiman Hakim Ridza. Menerusi perkongsian di TikTok, Zahirah dalam perjalanan untuk ke set penggambaran dan sedang mendengar lagu tersebut dimainkan di […]

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Thu, 24 Apr 2025

Artis Nasyid Terkenal Curang? ‘Kantoi’ Jalan Pegang Tangan Persis Suami Isteri

Penyanyi tersebut dipercayai memiliki latar belakang pendidikan tinggi.

familuv Fri, 4 May 2018

“Sikap Penyayang Suami, Menawan Hati Saya” – Haflin

Empat tahun melayari rumah tangga dengan ahli politik, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Haflin mengakui dirinya wanita terbahagia kerana bersuamikan seorang lelaki yang cukup penyayang.

Featured Wed, 20 May 2020
Featured Fri, 3 Apr 2026

Emma Maembong Terkilan DJ Kidd Kongsi Status Berpisah, Tak Serik Kembali Jalin Hubungan Cinta

Kata Emma dia reda menerima ketentuan itu walaupun berasa kurang selesa berkongsi mengenai hal peribadinya kepada khalayak.

error: Content is protected !!