Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 21, 2025 @ 5:34pm

Selepas Mona Lisa, Alpha Terus ‘Meroket’ Dengan Single Kedua “P. Ramlee & Saloma”

Selepas mencipta fenomena luar biasa menerusi debut single ‘Mona Lisa (Bang Bang)’, kumpulan baharu yang dianggotai oleh tujuh anak muda iaitu, Alpha meneruskan momentum mereka dengan melancarkan single kedua berjudul ‘P. Ramlee & Saloma’.

Diterbitkan sepenuhnya di bawah Rocketfuel Entertainment, lagu ini merupakan hasil kolaborasi hebat antara tiga komposer berbakat iaitu,  Justin Seow, Mohsein Kush dan RFE.

Berbeza dengan single pertama mereka, ‘P. Ramlee & Saloma’ tampil dengan balada penuh emosi, sekaligus memperlihatkan sisi lebih matang dan mendalam dari segi muzik.

Lagu ini bukan sekadar sebuah karya, malah menjadi manifesto artistik bagi Alpha.

Perjalanan tujuh ahli kumpulan yang dianggotai oleh Ariel, Izat, Daniel, Rizal, Araff, Ray-D dan Sky ini dipilih menerusi kriteria vokal, gaya, karisma dan personaliti unik ahli kumpulan ini yang bakatnya mula digilap menerusi program realiti Big Stage Alpha, sebuah spin-off daripada rancangan popular Big Stage yang kali ini memfokuskan sepenuhnya kepada peserta lelaki.

Single Mona Lisa Catat Lebih 250, 000 Tontonan

Single pertama mereka, ‘Mona Lisa (Bang Bang)’  merupakan lagu pop moden penuh bertenaga dengan elemen K-pop yang turut dihasilkan oleh Justin Seow, Kuizz, James Chaw, Sean Lew, Roland Lim Shi Jie, Tyler Sarfert dan Prem Anand.

Muzik video rasmi yang dilancarkan pada 6 Julai lalu itu kini telah mencatat lebih 250 ribu tontonan di YouTube, sekali gus membuktikan keupayaan mereka mencuri perhatian dalam tempoh singkat.

Menurut Ketua Rocketfuel Entertainment, Sher Leen Wee, pelancaran kumpulan Alpha adalah sebagai bukti komitmen mereka dalam melahirkan bintang serantau berkualiti global.

“Kami percaya bahawa bakat dari Asia Tenggara wajar diketengahkan dalam acuan sendiri.

“Alpha membuktikan bahawa dengan platform dan bimbingan yang betul, kita mampu melahirkan bintang bertaraf antarabangsa,” katanya.

Single ‘P. Ramlee & Saloma’ kini boleh didengari di semua platform penstriman digital utama termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music.

Video muzik rasmi lagu ini juga bakal menemui peminat tidak lama lagi di saluran YouTube @RocketFuelNetwork.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

‘Kehilangan Masih Terasa’- Jalaluddin Hassan Sebak Rai Syawal Tahun Ini

Walaupun sudah beberapa bulan arwah pergi, kehilangannya masih terasa…

Eat Travel Wed, 4 Mar 2020
Cahaya Mata Tue, 5 Apr 2022
Trending Mon, 28 May 2018

Rebranding Tak Salah, Yang Salah Bila Kau Jual Balik Dengan Harga Y&*@&$*!

At least know your worth, kau spend duit untuk beli barang murah dengan harga firaun, tak rasa kena tipu hidup2 ke?

Featured Mon, 17 Feb 2020
Trending Fri, 1 May 2020

“Masjidil Haram & Masjid Nabawi Masih Ditutup” – Dr. Zulkifli

Terima kasih Datuk Dr. Zulkifli atas pengesahan tersebut.

Hiburan Sun, 1 Jun 2025

Mariam Saim Teruja Buka Pentas Showcase Hael Husaini, Anggap Peluang Besar Dalam Karier Seni

Mariam Saim menyifatkan peluang tersebut sebagai detik bermakna dalam kerjaya seni.

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

Hadiah Lebih RM700,000 Jadi Rebutan, ‘Tonton Non Stop, On Top!’ Sudah Tarik Hampir 1,000 Peserta

Baru beberapa hari dilancarkan, kempen Tonton Non Stop, On Top! sudah berjaya menarik hampir 1,000 peserta yang kini aktif mengumpul mata untuk merebut pelbagai hadiah lumayan.

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Gara-gara Backup Neelofa, Elfira Loy Gaduh Dengan Peminat?

Muat naik menerusi instagram milik Lofa itu nyata mendapat respon pelbagai pihak yang rata-ratanya mempersoalkan keberkesanan ubat tersebut. Dan, selebriti terkenal Elfira Loy juga tidak terlepas memberikan pendapat beliau mengenai isu ini. 

Featured Fri, 13 Jan 2023

Dr Zulkifli Titip 13 Nasihat Buat Syamsul Yusof, Harap Isu Diselesaikan Dengan Baik

MasyaAllah sungguh bermanfaat sekali pencerahan Dr Zulkifli

error: Content is protected !!