Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 1, 2025 @ 5:29pm

Mariam Saim Teruja Buka Pentas Showcase Hael Husaini, Anggap Peluang Besar Dalam Karier Seni

Walaupun tidak berjaya mara ke peringkat akhir dalam program realiti One in a Million (OIAM), nama Mariam Saim terus mencuri perhatian peminat muzik tanah air.

Kini tampil dengan dua karya, single solo berjudul Bulan dan single duet Puaskah bersama Ameerais, Mariam mencatat satu lagi kejayaan apabila terpilih sebagai artis pembuka untuk showcase penyanyi tersohor, Hael Husaini Antonim Night yang berlangsung di Nero Event Space, PJ PAC, 1 Utama, malam tadi.

Berkongsi rasa teruja, Mariam menyifatkan peluang tersebut sebagai detik bermakna dalam kerjaya seninya.

“Sejujurnya, saya rasa sangat terharu dan bersyukur bila dapat tahu saya bakal jadi ‘opening act’ untuk showcase Hael. Saya memang melihat Hael sebagai seorang figura yang sangat berkarisma, jadi bila diberi peluang, saya anggap ini satu langkah besar dan motivasi untuk terus berusaha dalam industri ni sebagai penyanyi baru,” katanya.

Lebih manis, peluang itu datang daripada Hael dan pasukannya sendiri yang memilih Mariam daripada kalangan ramai bakat baharu di pasaran kini.

“Saya pun terkejut bila dapat tahu Hael dan team pilih saya. Dalam ramai penyanyi baru yang berbakat sekarang, saya rasa sangat bersyukur dan terharu dengan rezeki ni. Lagi-lagi bila diberi kepercayaan untuk bawakan lagu-lagu beliau.

“Mungkin Hael nampak kesungguhan saya atau ada sesuatu pada suara dan cara saya menyampaikan sesebuah lagu. Saya anggap ni satu pengiktirafan yang sangat bermakna. Sudah tentu saya rasa bangga dan bersyukur sangat,” katanya sambil menyifatkan Hael sebagai individu yang tidak lokek memberi peluang kepada penyanyi baharu.

Meskipun tersingkir lebih awal daripada OIAM, Mariam mengakui program tersebut banyak membuka jalan dan menyumbang kepada pertumbuhan kariernya.

“Walaupun saya tak ke final One in a Million, saya tetap rasa sangat bersyukur sebab program tu memang jadi titik mula untuk ramai orang kenal Mariam. Dari situ, rezeki datang satu demi satu, saya dah muncul dengan dua single, bernaung di bawah label Alternate Records & Talents dan sekarang pula buka pentas untuk Hael Husaini.

“OIAM banyak ajar saya tentang dunia sebenar muzik, macam mana nak kawal pentas, connect dengan audiens, dan jadi penyanyi yang bukan setakat ada suara, tapi juga jiwa. Terima kasih kepada Hael, Mask Team, Usanita dan semua pihak atas peluang ini,” katanya.

Bagi Mariam, sokongan keluarga dan pasukan di bawah label Alternate menjadi tunjang utama dalam perjalanan seninya, dan dia percaya bahawa setiap langkah yang diatur kini sedang membawanya menuju kejayaan dengan cara tersendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 30 Oct 2019

Nenek 67 tahun berjaya lahirkan anak, apakah nasib bayi ini?

Wanita ini berjaya dapatkan zuriat tanpa IVF.

Hiburan Tue, 17 Jun 2025

[VIDEO] Naim Daniel Hadir Mahkamah Sesyen Putrajaya Curi Perhatian

Naim Daniel amang seksual remaja perempuan 17 tahun

Featured Mon, 21 Jul 2025
Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Trending Sat, 17 Jul 2021

Beri Bantuan Barangan Asas, Neelofa Hulur Sumbangan Sempena Hari Raya Aidiladha

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mengambil inisiatif membantu golongan memerlukan menerusi penyerahan sumbangan barangan asas sempena ketibaan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Neelofa menghulurkan bantuan menerusi jenama fesyen miliknya, Naelofar dengan kerjasama Pertubuhan Kasih […]

Hiburan Mon, 10 Jul 2023

Zizan Razak Dedah Ibu Bapa Pernah Halang Jadi Artis, Main Gitar – “Kawasan Rumah Saya Dah Macam Filem Pablo Escobar”

Ibu bapa mana tak nak yang terbaik buat anak mereka kan tapi kena juga ambil kira minat anak

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Awal Ashaari Mahu “Cuci Tangan” Dalam Industri?

Awal Ashaari merupakan figura yang cukup terkenal di Malaysia. Namun, sejak akhir-akhir ini, beliau kelihatannya agak kurang keluar di kaca TV berbanding dahulu. Adakah beliau dah nak ‘cuci tangan’ dari industri seni tanah air?

error: Content is protected !!