Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 7, 2024 @ 10:00pm

Peminat Luah Rasa Bimbang Prestasi Vokal Kurang Memuaskan, Dayang Nurfaizah Perjelas Tiada Masalah… Dah Jumpa Pakar

Penyanyi Dayang Nurfaizah tampil mengulas prestasi vokalnya yang didakwa kurang memuaskan pada persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke 38 (AJL38), baru-baru ini.

Menurut Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 42, perkara tersebut adalah lumrah yang perlu dilalui setiap penyanyi.

“Setiap penyanyi akan melalui fasa-fasa tertentu. Seperti saya juga, saya berterima kasih kepada peminat yang sentiasa risau. Bila mereka risau, apatah lagi tuan empunya badan.

“Setiap penyanyi pasti mahu berikan yang terbaik dalam setiap persembahan, kadang kala saya juga tidak tahu bagaimana nak meluahkan,” katanya kepada pemberita.

Dayang ditemui pada sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends di Hotel Royale Chulan Mutiara Damansara, pada Rabu.

Mengulas mengenai prestasi vokalnya yang menjadi kebimbangan peminat itu, pelantun lagu Hakikat Cinta itu berkata vokalnya tiada sebarang masalah.

“Ia tiada masalah sebenarnya, vokal ini ibarat otot, ada hari baik, ada hari sebaliknya.

“Saya rasa penyanyi lain pun ada show juga, ia normal. Saya juga ada masa untuk berehat, bukanlah kerja sentiasa.

“Saya jenis tak suka sangat berkongsi perihal peribadi, saya sentiasa cuba jaga diri saya dari segi kesihatan, vokal dan mental.

“Ada hari rasa gementar, walaupun saya dah nyanyi lama, ada hari yang baik dan buruk,” ujarnya.

Tambah anak kelahiran Kuching, Sarawak itu lagi, dia sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan kecil mahupun besar.

“Saya rasa sebenarnya penyanyi saja tahu bagaimana keadaan mereka di atas pentas.

“Kita cuba bagi yang terbaik, setiap persembahan kecil atau besar, saya sentiasa beri yang terbaik.

“Setiap penyanyi ada turun naiknya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dayang turut memaklumkan dia ada bertemu pakar bagi membuat pemeriksaan.

“Saya juga ada jumpa dengan pakar telinga, hidung dan kerongkong atau ENT untuk buat pemeriksaan.

“Buat masa sekarang tidaklah terlalu padat jadual saya, ada masa rehat juga, untuk berehat panjang, tidaklah.

“Saya rasa normal sahaja jadual saya, setiap kali show hanya dua atau tiga lagu saja, ia tidak mengganggu,” tutupnya.

Dayang diminta mengulas perkara tersebut apabila ada peminat meluahkan kebimbangan terhadap vokal Dayang ketika beraksi di pentas AJL38, Ahad lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 12 Mar 2019

37年创作版税仍在收!罗大佑420来马开唱

《童年》37年前创作,版税至今仍在收!罗大佑4月20日来马,以全新演绎方式唱给你听~

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Izzue Islam Kini Bergerak Solo

Paling utama, doakan saya dan anggota Forteen yang lain berjaya di bidang kerja masing-masing.

Trending Mon, 16 Aug 2021
Hiburan Mon, 22 Apr 2024

Datin Red Dedah Datuk Red Tak Balik Beraya – “Saya Tak Post, Maksudnya Tak Ada La”

Alamak, kenapa Datuk Red tak balik raya dengan Datin Red tu?

Featured Wed, 9 Jul 2025

Shila Amzah Dedah Ibu Lebih Ceria & Teratur Selepas Bercerai – “Dia Ada Support System Yang Saya Sendiri Tak Ada”

Shila Amzah mengakui kehidupan ibunya, Fauziah Sarman kini semakin baik malah lebih teratur berbanding sebelumnya.

Featured Sun, 14 May 2023
Featured Wed, 21 Aug 2024
error: Content is protected !!