Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 6, 2024 @ 8:45pm

Dayang Nurfaizah Mohon Henti Spekulasi Sakit – “Saya Sihat Saja”

Penyanyi, Dayang Nurfaizah, 42, memohon semua pihak agar tidak mengaitkan perubahan fizikalnya dengan mendakwa dirinya sedang sakit.

Bercakap kepada XTRA, Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty menjelaskan dia kini sihat dan bukan sebaliknya seperti yang didakwa sesetengah warga maya.

“Alhamdulillah saya sihat. Tolonglah, kepada peminat yang tanya, saya sihat.

“Biasalah wanita nak cantik kan? Tapi bila menjelang konsert atau persembahan besar saya akan amalkan diet dan buat latihan kecergasan.

“Itulah cara saya sendiri, tolonglah doakan saya yang baik-baik. Janganlah cakap sebegitu sebab saya sihat,” katanya kepada pemberita.

Dayang ditemui pada sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends di Hotel Royal Chulan Damansara, petang tadi.

Tambah pelantun lagu Lelaki Teragung itu, dia juga sering membuat pemeriksaan kesihatan dan menjaga pengambilan makanan.

“Saya juga selalu buat pemeriksaan kesihatan, Alhamdulillah setakat ini semuanya baik dan sihat.

“Saya juga tak boleh amalkan diet secara berpuasa ‘intermittent fasting’ atau IF sebab saya seorang yang makan banyak secara berkala.

“Semua ahli keluarga saya begitu cumanya kami ambil dalam kuantiti yang sedikit. Saya makan sahaja apa yang saya mahu kemudian buat latihan kecergasan.

“Saya memang tak boleh amalkan IF sebab saya tak mampu tahan dalam masa yang lama,” kongsinya.

Dalam masa sama, Dayang mengakui dia sangat gembira dengan berat badannya kini.

“Saya gembira sebenarnya sebab saya dapat kembali ke berat badan saya seperti sebelum ini.

“Berat saya tak pernah capai bawah daripada yang sepatutnya. Alhamdulillah, syukur sangat.

“Tolonglah jangan sebut perkataan yang tak sepatutnya. Peminat tak perlu risau, saya sihat saja. Bila ada persembahan besar, saya kena jaga,” tutupnya.

Terdahulu, penampilan Dayang sering mencuri tumpuan warga maya apabila bentuk fizikalnya yang semakin kurus melahirkan rasa kebimbanggan sesetengah peminat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Terbit Filem Pertama, Genre Seram Komedi Pilihan Awie

Akan menyelinap di pawagam 6 Julai ini!!

Featured Sun, 21 Feb 2021
Trending Wed, 15 Jul 2020

Malaysia Catat 4 Lagi Kes Covid-19

Terus amalkan kebersihan dan kawalan kendiri !

Featured Wed, 13 Sep 2023
Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Fri, 8 May 2026

Zarina Zainuddin Pertahan Aliff Syukri Mahu Bantu Remaja Kemboja – “Jangan Dengki, Tak Kira Orang Mana Pun Dah Rezeki Dia”

Zarina Zainuddin tampil mempertahankan tindakan Datuk Seri Aliff Syukri berhubung tindakannya mahu membantu seorang remaja berasal dari Kemboja yang tular menjual buah mangga di Malaysia

Events Wed, 14 Aug 2019

Lazada Malaysia Partners Up with KL Fashion Week for Its 2019’s Runway

Now getting designer brands got 100 times easier!

error: Content is protected !!