Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 8, 2026 @ 3:03pm

Zarina Zainuddin Pertahan Aliff Syukri Mahu Bantu Remaja Kemboja – “Jangan Dengki, Tak Kira Orang Mana Pun Dah Rezeki Dia”

Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin tampil mempertahankan tindakan Datuk Seri Aliff Syukri berhubung tindakannya mahu membantu seorang remaja berasal dari Kemboja yang tular menjual buah mangga di Malaysia bagi membantu keluarganya.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang dikongsikan Aliff, dia memohon jasa baik rakyat Malaysia untuk mencari remaja yang dikenali sebagai Hafiz itu bertujuan untuk memberikan dana sekali gus membantunya.

“Awak saya nak cari adik yang Kemboja ni saya nak bantu dia. Untuk bagi dia duit selamatkan ayah dia.

“Kau orang ini adik Kemboja… siapa boleh bawa saya berjumpa dengan dia, saya nak bagi dana dekat dia, sumbangan dekat dia. Komen dan bagi rakyat Malaysia tolong cari supaya Papa dapat berjumpa dengan dia,” katanya.

 

 

Bagaimanapun, tindakan usahawan kosmetik itu menerima pelbagai respons dalam kalangan netizen termasuk ada yang mempertikaikan tindakannya mahu membantu warga asing.

Sedar dengan kecaman yang timbul, Zarina tampil mempertahankan niat baik Aliff selain meminta orang ramai agar tidak bersikap dengki terhadap rezeki individu tersebut.

“Jangan dengki biarlah datuk nak bantu. Tak kiralah orang mana pun dah rezeki dia.

“Dia anak yang baik. semoga Allah SWT murahkan rezeki Datuk, Datin dan keluarga,”jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

‘Saya Sedar Diri Lagi’- Kenapa Tu Nabil Ahmad?

Hobi saya memang menyanyi tetapi belum sampai…

Hiburan Tue, 22 Oct 2019

Ibarat Keluarga…Repvblik Kongsi Tips Kekal Bertahan

12 tahun kekal bersama, apa rahsianya?

Events Thu, 7 Mar 2019

CJ WOW SHOP正式进军中文市场!更多好康尽在ntv7

「天天精彩,天天WOW」CJ WOW SHOP正式进军中文市场!

Trending Sat, 9 Feb 2019

Bayi Usia 9 Bulan Antara 5 Yang Terlibat Dalam Kemalangan di Kuala Nerus

Salam takziah buat family yang terlibat dalam kemalangan di Kuala Nerus pagi tadi. Al- Fatihah

Featured Fri, 9 Sep 2022
Hiburan Wed, 18 Jun 2025

Che Ta Ajar Aaisyah Jangan Malas Masuk Dapur

Rozita Che Wan nasihat wanita perlu ada duit walaupun suami kaya

Hiburan Mon, 8 Dec 2025

Daiyan Trisha Berang Akaun Palsu Sebar Dakwaan Tukar Agama – “Hentikanlah Perkara Mengarut Ini”

Daiyan meluahkan rasa kesal apabila akaun terbabit kembali aktif biarpun sudah beberapa kali digantung

error: Content is protected !!