Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal February 9, 2019 @ 1:14pm

Bayi Usia 9 Bulan Antara 5 Yang Terlibat Dalam Kemalangan di Kuala Nerus

Lima beranak termasuk bayi berusia sembilan bulan maut  manakala seorang lagi cedera parah dalam satu kemalangan di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Kuala Nerus, awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.50 pagi itu,  kereta Proton Wira dinaiki enam mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh pokok.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd Kharulinzam Jusoh, 38, isteri, Nur Syaazlien Syarizam Salleh, 21, dan anak mereka, Nur Khaira Aisyah berusia sembilan bulan.

Kemalangan itu turut mengorbankan adik dan ibu kepada Nur Syaazlien, Muhammad Nashrullah, 5, dan Rozilawati Mustafa@Razali, 43.

Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kecuali Rozilawati yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Seorang lagi anak pasangan suami isteri itu, Muhammad Khairul Haziq, 5, parah dan masih dirawat di hospital yang sama.

Difahamkan, ketika kejadian, semua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Durian Mas, Manir selepas menghadiri kenduri perkahwinan di Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Pegawai Bomba Tinggi Yusmizan Yusof ketika dihubungi berkata dua jentera dari BBP Kuala Nerus dan Kuala Terengganu bersama 12 anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 3.01 pagi.

”Sebaik tiba di lokasi, seorang daripada mangsa berada di luar kenderaan manakala lima lagi masih tersepit. Kita mengambil masa kira 15 minit untuk mengeluarkan semua mangsa dengan dua mangsa yang parah dibawa ke hospital manakala empat lagi diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi, Muhammad Zul Ilha Jusoh, 25, berkata,  dia segera keluar dari rumah selepas terdengar dentuman kuat akibat pelanggaran tersebut.

“Saya ingat baru berlanggar rupa-rupanya sudah hancur. Ada enam orang dalam kereta, bayi duduk atas riba penumpang hadapan dan masa itu saya dengar tangisan seorang budak di tempat duduk belakang. Kita angkat budak yang menangis itu keluar melalui tingkap,” katanya.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 16 Jun 2018

Gempar! Jatuh Bangunan Selepas Berhibur

Mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemui di tingkat dua premis perniagaan yang terletak berhampiran dengan hotel itu kira-kira 9 pagi tadi (waktu tempatan).

Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Wed, 11 Jan 2023
Kes Mahkamah Wed, 16 Aug 2023

Susulan Kes Seksual Terhadap 2 Remaja Lelaki, Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Daripada 4 Pertuduhan

Saya sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan, dan tetap akan melawan kes ini – Safiey

Featured Thu, 15 Jan 2026

“Sampai Bila Nak Anggap Saya Budak?” – Mia Sara Nasuha Luah Penat Dilabel Pelakon Cilik

Pelakon Mia Sara Nasuha gagal menahan sebak sebaik sahaja meluahkan rasa kecewanya apabila masih ada segelintir pihak yang melihatnya sebagai pelakon kanak-kanak, meskipun usianya kini sudah mencecah 21 tahun.

Trending Tue, 8 May 2018

埃及图坦卡门墓墙后秘室「根本不存在」

埃及官方先前「90%确定」法老王图坦卡门著名的坟墓背后存在一个秘室;但最新研究显示,墓墙背后根本没有秘室!

Trending Tue, 9 Jan 2018

MEME COME TRUE: MAN BURNS HOUSE DOWN WHILE TRYING TO KILL SPIDER

We all know the meme about burning the house down if there’s a spider in it. But who would have thought that it would happen for real?!

Featured Tue, 4 Apr 2023
error: Content is protected !!