Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 23, 2025 @ 6:51pm

“Kami Mahu Fokus Membina Semula Asas Yang Kukuh” – Jadi Pemegang Saham Majoriti, Neelofa Buka Lembaran Baharu Dalam…

Selebriti dan usahawan popular tanah air, Neelofa kini secara rasmi mengesahkan dirinya sebagai pemegang saham majoriti aplikasi gaya hidup Muslim, TheNoor sekali gus membuka lembaran baharu yang lebih teratur, matang dan progresif untuk jenama tersebut.

Sejak dilancarkan pada tahun 2020, TheNoor mencatatkan pencapaian luar biasa dengan lebih 4.33 juta muat turun dan 650,000 pengguna aktif harian. Aplikasi ini bukan sahaja digunakan di Malaysia, malah turut mendapat sambutan di hampir 200 negara termasuk Singapura, Brunei, Indonesia, Arab Saudi, Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Menariknya, Neelofa sebelum ini tidak terlibat dalam operasi harian syarikat. Namun bermula Ogos 2024, bekas hos Nona TV3 ini mengambil alih sepenuhnya pengurusan TheNoor dengan visi baharu yang lebih telus, strategik dan fokus kepada pertumbuhan jangka panjang.

Antara langkah pembaharuan yang telah dilaksanakan termasuk melantik pasukan pengurusan kanan yang lebih kukuh, bekerjasama dengan syarikat teknologi bertaraf global, memperkemas struktur organisasi, serta membangunkan semula aplikasi yang turut merangkumi pelancaran TheNoor Pro yang dijangka diperkenalkan tidak lama lagi.

Bukan itu sahaja, TheNoor kini dalam fasa akhir menuju kerjasama strategik bersama sebuah konglomerat besar tempatan. Antara projek yang paling dinantikan ialah integrasi aplikasi TheNoor ke dalam tujuh model kenderaan Proton, yang bakal membawa jenama ini ke dimensi baharu dalam dunia teknologi dan mobiliti.

Selepas pengambilalihan pada Ogos 2024, Neelofa telah menjalankan semakan forensik menyeluruh kerana mendapati terdapat beberapa perkara dalam syarikat yang memerlukan penelitian semula kerana ada pelbagai isu ketidakpatuhan tadbir urus dan dokumentasi telah di bangkitkan oleh Auditor syarikat yang tidak dijawab oleh pengurusan terdahulu bagi tahun kewangan 2023.

Justeru, semakan forensik menyeluruh, audit kewangan terperinci serta penstrukturan semula organisasi dalaman telah dilaksanakan bagi memastikan TheNoor beroperasi di atas landasan yang lebih kukuh, telus dan berdaya saing.

Neelofa optimis dengan masa depan jenama tersebut dan yakin TheNoor masih mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.

“Saya yakin TheNoor mempunyai potensi yang amat besar untuk berkembang jauh ke hadapan. Fokus kami kini ialah membina semula asas yang kukuh, meningkatkan ketelusan dan memperkenalkan inovasi yang benar-benar memberi manfaat kepada komuniti Muslim di seluruh dunia,” kata Neelofa.

Dengan fasa baharu ini, TheNoor dilihat bersedia melangkah ke peringkat lebih tinggi sebagai salah satu platform gaya hidup Muslim paling berpengaruh di dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 May 2023

Mengajar Semasa PKP, Shazabae Kongsi Cabaran Jadi Pensyarah – “Garang Tetap Garang Tapi…”

Min setuju dengan Shaza! Zaman ni semua orang pandai, tapi takkan nak book smart je kan?

Featured Mon, 30 Aug 2021

Perdana Menteri Jalani Kuarantin Kendiri, Tidak Hadir Istiadat Angkat Sumpah

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19. Sehubungan itu, beliau tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan […]

Featured Sun, 24 Nov 2024

Tokoh Muzik Legenda Ahmad Nawab Meninggal Dunia

Tokoh lagenda negara, Tan Sri Ahmad Nawab meninggal dunia.

Hiburan Sat, 24 Feb 2018

BILA OTAI DAH BERSUARA, ‘SEBAB KORANG, KAMI MERANA’

Dengar apa saya nak tegur, apa yang kamu lalui kami sudah lama tempuhi, jadi kasihanilah industri hiburan!

Trending Mon, 1 Jun 2020
Trending Thu, 14 Sep 2023
Hiburan Wed, 6 Dec 2023

Kontrak Ditamatkan? Ini Kenyataan Rasmi Warner Music Berkenaan Isu Kaka Azraff

Ini penjelasan Warner Music berkenaan isu Kaka Azraff

Hiburan Sun, 28 Apr 2019

#BBB2019: Chiwan Cari Calon Isteri

Good luck Chiwan untuk final BBB 2019!

Featured Fri, 26 Apr 2024

[VIDEO] Gelagat Tiara Minta Achey Gendong Bikin Netizen Berdekah – “Beralih Buah Pinggang Ayah Awak Nanti”

Alahai Tiara! Kesian bapak awak.. Moga Achey tak terbang sampai puncak Fujiyama🤣🤣🤣

Trending Wed, 2 Jan 2019

Mahathir Dinobatkan ‘Muslim Man Of The Year’, Tersenarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia

Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinobatkan sebagai ‘Muslim Man of the Year’ dalam buku The Muslim 500 yang menyenaraikan 500 individu muslim berpengaruh di dunia setiap tahun.

error: Content is protected !!