Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 4, 2023 @ 11:16am

“Baby Keluar Tangan Dulu, Tu Yang Bikin Lama”- Isteri Aliff Syukri Kongsi Momen Bersalin Baby Boy

Isteri kepada usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Syahida selamat melahirkan bayi lelaki yang juga merupakan anak keenam pasangan ini pada Isnin.

Menurut Shahida, dia terpaksa menjalani pembedahan kerana terdapat sedikit komplikasi apabila bayi mengeluarkan tangan terlebih dahulu dan bukannya kepala atau kaki.

Namun, selepas 15 jam bertarung nyawa, dia akhirnya selamat bersalin secara normal.

“Pertama kali juga ada pengalaman macam ni, memang sakit sikit dari sebelumnya. Tapi kami bersyukur semuanya selamat.

“Masya Allah  budak kecil ni kasi keluar tangan dulu nak minta duit raya. Itu yang lama tu sebab doktor nak masukkan kembali tangannya tapi tak masuk-masuk.

“Tapi Alhamdulillah, akhirnya keluar juga tangannya dulu baru muka,” katanya.

Dalam pada itu, Shahida menerusi hantaran di Instagram Storynya menyatakan rasa syukur kerana proses kelahiran anaknya ini dipermudahkan.

Sementara itu, Aliff menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya turut mendedahkan wajah anak bongsunya itu.

Untuk rekod, Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu, Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi  dan Raudah Arshiyah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 17 Apr 2020
Hiburan Sat, 15 Dec 2018

Alhamdulillah…Kaka Kini Bergelar Isteri

Dalam pada itu majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Featured Wed, 6 May 2026

Keadaan Bapa Syatilla Melvin Lemah Akibat Sakit Jantung – “Tolong Doakan Ayah Saya”

Kata Syatilla, bapanya kini dalam keadaan lemah akibat sakit jantung.

Trending Thu, 14 Feb 2019
Hiburan Mon, 15 Aug 2022
Featured Tue, 7 May 2024
error: Content is protected !!