Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 20, 2023 @ 7:47pm

Ali Puteh Persoal Motif Hidayah Rakam Video Viralkan, Tak Larang Untuk Datang Rumah Arwah Abam – “Benda Masih Dalam Urusan Faraid”

Pelawak Ali Puteh tampil menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah mengenai kehadiran balu Allahyarham Abam yang juga adik iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali ke rumah arwah, baru-baru ini.

Menerusi temu bual bersama program Melodi TV3, Ali mempersoalkan tindakan Hidayah yang merakamkan kehadirannya malah memberitahu tiada siapa yang melarang Hidayah untuk datang ke rumah tersebut.

“Pihak sana datang ke rumah, dakwa tak ada orang buka pintu, tak bagi masuk. Apa motif untuk kau berbuat begitu? Kau sebarkan video tu, siap minta viralkan video itu.

“Niat mereka datang ke rumah itu, wallahualam. Ada komen netizen kata dia datang untuk tengok rumah dia. Nak datang, datanglah tapi janganlah buat video kata kita tak buka pintu, tak bagi masuk. Kita tak pernah larang pun siapa-siapa yang nak datang ke situ,” jelas Ali.

Disoal mengenai kehadiran Norhidayah berkemungkinan untuk mengambil barang-barang arwah, Ali menegaskan rumah tersebut masih dalam urusan faraid dan tidak akan menghalang sesiapa yang datang.

“Kalau kata niat dia macam mana soalan itu tadi, datanglah. Kenapa nak halang? Nak kata itu rumah kita pun bukan, rumah engkau pun bukan, benda itu kan masih dalam urusan faraid. Siapa yang nak datang tu, datanglah.

“Tapi persoalannya, video awak itu menimbul persepsi pada orang lain yang mengatakan kita ini jahat,” katanya.

Mengenai tuntutan saman pula, Ali mengakui akur dengan keputusan mahkamah dan dia ada berbincang dengan peguamnya untuk selesaikan bayaran.

“Saya akur sahaja, benda dah jadi kan. Isu besarnya duitlah. Benda ini saya serahkan kepada peguam saya dan saya minta nasihat daripada peguam macam mana nak uruskan dan selesaikan. Tetapi perkara itu saya tak boleh dedahkan di sini.

“Tapi awak jangan risau, jawapannya senang, saya akan bayar, jangan hebah-hebahkan konon tak bayar.

“Ia bergantung kepada kemampuan kita untuk bayar secara ‘lumpsum’ atau secara ansuran. Maknanya tuntutan itu akan dibayar juga, benda itu saya serahkan kepada peguam saya untuk selesaikan” tegasnya.

Terdahulu, Hidayah meluahkan rasa kesal apabila tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah arwah suaminya.

Lebih mengejutkan, Ali mendakwa dia menjumpai taburan garam kasar, daun bidara dan bangkai mengkarung sebaik sahaja Hidayah beredar dari kediaman tersebut

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Oct 2018
Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Penyanyi ‘Dear Future Husband’ Sudah Bergelar Isteri, Tahniah!

Awwww…selepas berkenalan selama lima tahun, akhirnya!

Events Mon, 19 Nov 2018

ZafigoX: A Platform for and Powered by Women Travellers

Founded by Daton Paduka Marina Mahatir to help women travel better.

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

Janna Nick Dakwa Aktres ‘Scammer’ Pernah Mesej Minta Pinjam Duit, Terkejut Suami Angkat Telefon – “Saya Tak Rasa Nombor Itu Dia Pegang”

Janna mengakui berasa tidak sedap hati dan berharap ada pihak dapat memastikan keadaan sebenar rakannya itu.

Hiburan Fri, 16 May 2025

Mental Terganggu, Siti Jamumall Bidas Tuduhan Cerai Cuma Gimik

Siti Jamumall tegur akaun Jodoh Finder, nafi cerai untuk marketing

Featured Tue, 14 Apr 2020
error: Content is protected !!