Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 1, 2020 @ 3:13pm

AC Mizal & Nabila Huda Kemudi ABPBH 33 – Pengumuman Majlis Kemuncak Secara Virtual Perkukuh Tema #ABPBHKITA2020

Bertepatan dengan tema #ABPBHKITA2020, pengumuman Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 yang diadakan secara virtual, menyaksikan pengemudian penganjuran kali ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya bagi mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Pengumuman tersebut dibuat secara langsung melalui program Melodi TV3, sebentar tadi. Kemudian, diikuti dengan Sidang Media Virtual Malam Kemuncak ABPBH 33 bersama pihak penganjur, hos Malam Kemuncak ABPBH 33 dan Karpet Merah serta beberapa orang artis, yang disiarkan  secara langsung melalui  laman sosial media Facebook BH dan TV3 serta laman web ABPBH.

Malam kemuncak ABPBH 33 yang dibawakan oleh penaja utama Xiaomi Malaysia, akan disiarkan secara langsung di saluran Tonton, YouTube TV3 dan BH termasuk laman web ABPBH di www.abpbh.com.my, dan buat julung kalinya juga menerusi laman aplikasi TikTok dari Axiata Arena Bukit Jalil pada jam 9.00 malam, hari Jumaat, 13 November depan.

Sementara itu, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) yang menjadi penaja kereta rasmi ABPBH 33 akan menaja sebuah kereta Nissan LEAF serba baharu dengan kuasa elektrik 100% dan sifar emisi, berharga RM181,263 untuk Anugerah Bintang Paling Popular BH Ke-33.

Pengarang Berita Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankuasa Penganjur ABPBH 33, Shamshul Azree Samshir berkata, BH selaku penganjur sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan semua individu yang terlibat dalam penganjuran  ABPBH pada tahun ini mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan serta mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Bersesuaian dengan norma baharu dalam kehidupan, kita memberi penekanan yang lebih terhadap aspek kesihatan dan keselamatan dalam penganjuran acara ABPBH edisi ke-33 ini. Semua pihak yang terlibat pada malam kemuncak itu nanti diwajibkan melakukan imbasan suhu, memakai pelitup muka, disinfeksi peralatan yang kerap digunakan, mengamalkan penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau sanitiser..

“Bagi mengelakkan perhimpunan secara beramai-ramai, malam kemuncak ABPBH 33, buat pertama kalinya diadakan tanpa kehadiran penonton mahupun kelab peminat. Hanya mereka yang bekerja dan sebilangan artis yang terlibat sahaja yang hadir. Kami akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk kita jaga diri kita dan mengikuti tahap kepatuhan SOP yang amat tinggi,” katanya.

Tambah Shamshul Azree, penganjuran ABPBH 33 pada tahun ini akan menjadi tanda aras dalam menganjurkan program-program anugerah hiburan dalam norma baharu pada masa akan datang.

“Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, ini adalah tanggung jawab yang wajib dipikul apatah lagi peranan BH sebagai media arus perdana dan penganjur acara hiburan seumpama ini. Pada masa yang sama, kami juga sedar peranan kami dalam menjana ekonomi, memberi peluang kepada artis-artis dan penggiat seni, termasuk syarikat-syarikat produksi dan kru produksi untuk mencari rezeki dan seterusnya membangunkan industri seni tanah air,” tambahnya.

Pengacara popular, penyanyi dan juga pelakon, Datuk AC Mizal sekali lagi dijemput untuk mengacarakan Malam Kemuncak ABPBH pada tahun ini.

Beliau akan digandingkan dengan pelakon hebat dan juga pengacara yang tidak asing lagi iaitu Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil.

Barisan artis membuat persembahan turut membabitkan bintang yang layak bergelar lagenda, selain bakat baharu yang pantas mendaki tangga populariti. Pentas ABPBH 33 bakal dihangatkan dengan persembahan duet dan berkumpulan, melibatkan gandingan bersama  Azlan Typewriter, Yonnyboii dan Zynakal; Faizal Tahir, Elly Mazlein, Syamel, Dolla dan Zizi Kirana; Ernie Zakri dan Hafiz Suip; Naim Daniel, Tuju dan Man Keedal; Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo; pasangan adik-beradik Liza Aziz dan Azlina Aziz bersama Noki K-Clique. 

Penyanyi baru, Yonnyboii turut muncul buat kali kedua berpasangan dengan Shalma Eliana mempersembahkan lagu tema Xiaomi Malaysia iaitu Xiaomi For Me!. Sedikit kelainan turut diperkenalkan di atas pentas ABPBH 33 di mana sebuah sketsa komedi yang dijayakan oleh Khir Rahman, Joey Daud, Man, Nora Danish, Kaka Azraff dan Liza Abdullah.

ABPBH 33 turut memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada anak seni melalui kategori khas, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Penerima anugerah ini bakal diumumkan pada malam kemuncak kelak.

Sementara itu, barisan penyampai trofi yang dipilih adalah dalam kalangan personaliti dan artis hebat yang memiliki reputasi tersendiri dalam setiap bidang diceburi. Mereka adalah Saiful Apek, Siti Nordiana, Shaheizy Sam, Zul Ariffin, Ramlah Ram, Wany Hasrita dan Datuk Rosyam Nor.

Bagi segmen karpet merah pula, gandingan Sean Lee dan Sissy Imann pasti menghangatkan lagi liputan eksklusif dari lokasi acara berlangsung.

Malam kemuncak ABPBH 33 bakal menobatkan Bintang Paling Popular yang dipilih dalam kalangan calon Top 20 yang memperoleh undian tertinggi membabitkan 13 kategori.

Tiga belas kategori itu adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Versatil Popular, Artis Komedi Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular.

Turut dipertandingkan adalah lima kategori ‘online’ iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom Popular, Artis Kontroversi Popular dan FC #FANtastik Popular.

Undian ABPBH 33 masih lagi dibuka sehingga 8 November ini. Undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH di www.abpbh.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Oct 2022
Trending Tue, 5 Oct 2021

Tak Alami Kesan Sampingan, Sasha Saidin Dah Cucuk 4 Dos Vaksin

Anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin, 44, yang kini menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama suami, Sirhan Wahab mendedahkan sudah menerima empat dos vaksin Covid-19 di negara terbabit. Tidak mengalami kesan sampingan, Sasha yang […]

Trending Tue, 13 Jul 2021
Featured Tue, 10 Jan 2023

Kasih Iris Leona Menangis Cinta Tak Dihargai – “Ramai Orang Ambil Kesempatan…”

Sedih tengok Leona menangis.. Sentiasalah hargailah orang di sekeliling kita

Hiburan Thu, 2 Oct 2025

Kapal Mikeno, Ardell Aryana Disahkan Telah Dipintas Tentera Isr**l

Ardell Aryana, PU Rahmat dan tiga aktivis lain disahkan kini dalam tahanan

Trending Fri, 30 Nov 2018

3秒心理测验!第一眼看到什么动物…找到人格光明面

只要看看你「第一眼先看到哪个动物」,就可以测出你的主要人格啦!

Hiburan Thu, 13 Apr 2023

Aman Aziz Hadiahkan Peminat dengan ‘Ching Ching Raya’

Wah dah lama tak tengok Aman Aziz menyanyi

error: Content is protected !!