Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 30, 2025 @ 10:13pm

Shila Amzah Lancar Lagu ‘Pernah Punya Aku’, Diangkat Dari Kisah Curang POV Ibu Sendiri

Penyanyi popular, Shila Amzah akhirnya tampil dengan lagu baharunya berjudul ‘Pernah Punya Aku’.

Kata Shila atau nama lengkapnya, Nurshahila Amir Amzah, 34, lagu ini ditulis dan dicipta sepenuhnya oleh Shila berinspirasikan daripada kisah ibunya.

“Jangan lupa untuk strim lagu terbaharu saya berjudul ‘Pernah Punya Aku’ yang kini sudah boleh didengari dan lagu ini merupakan karya terbaharu saya. Lagu dan juga lirik ditulis sepenuhnya oleh saya.

“Lagu ini inspirasi daripad akisah benar, POV (point of view) daripada mak saya sendiri. Ini kisah-kisah kecurangan guys, so jangan lupa support lagu ini dan harap anda semua menyukainya,” katanya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi hantaran di ruangan Instagram miliknya baru-baru ini selain mempromosikan lagu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah 茜拉 (@shahilaamzah)

Sebelum ini, Shila menerusi hantaran berbeza juga ada berkongsi ‘teaser’ memberitahu perkara sama untuk lagu baharunya itu.

Terdahulu, konflik keluarga antara Shila dan keluarga termasuk ibu dan adik-adik, Amir Syafiq serta Syada Amzah menjadi perbualan ramai sekitar penghujung 2023.

Ia ekoran dakwaan Shila dikatakan telah ‘menghalau’ keluar mereka daripada kediaman banglo miliknya.

Shila bagaimanapun menafikan dakwaan menghalau namun ingin memberi kediaman baharu yang lebih selesa buat ibunya, Fauziah Sarman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Jun 2019
Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Elly Mazlein Sangkal Dakwaan, T***k Besar Bukan Pembedahan!

Beliau sedikit pun tidak kisah tentang pandangan masyarakat terhadap saiz payudaranya itu, kerana menurut Elly ia sama sekali diluar kawalannya. Dan, apa yang penting baginya ialah dia masih mampu dan masih diberikan rezeki untuk menyusukan anaknya itu.

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

‘Saya Minta Maaf’- Ara Johari

Jangan tiru aksi dalam video itu ok

Featured Wed, 6 Nov 2024

Wan Sharmila Kongsi Detik Cemas, Alami Sesak Nafas Akibat Terjerut Selendang Jemaah

Pelakon Wan Sharmila berkongsi detik cemas apabila memaklumkan dia mengalami sesak nafas termasuklah tudung di tarik ketika berdoa di Multazam.

Hiburan Thu, 21 Nov 2024
error: Content is protected !!