Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 26, 2024 @ 5:09pm

“Beria-Ia Potray Jaga Solat Tapi Belakang K*ngk*k” – Nurul Shuhada Selar Tindakan Segelintir Wanita Persendakan Agama

Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tampil memberi pandangan isu curang yang sedang hangat menjadi perbualan di media sosial.

Menerusi status di Instagram Story (IGs) itu, Shuhada membidas tindakan segelintir wanita yang seakan mempersendakan agama untuk menyembunyikan kejahatan yang dilakukan.

“Terbukti eh once a cheater always a cheater HHHH (hahahaha), kenapa pilih jalan ni?

“Sebab kita as perempuan yang tak kacau hak orang ni nak hidup tak nak main agama, nak reda Allah, Allah takpernah suruh hancurkan rumahtangga orang ingattt tu!

“Jangan tunggang agama, jangan mainkan agama Allah! Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara,” katanya.

Sementara itu, Shuhada turut berkata sebagai wanita pasti menginginkan suami yang mempraktikkan agama, bukan sebaliknya.

“Selalu shu cakap Allah Maha Baik, in shaa Allah dengan dorongan Allah.

“Kita semua perempuan nak imam yang tahu agama and praktik kan agama dengan baik,

“Bukan kau beriya potray jaga lima solat tapi belakang kau kongk*k beriya,” tulisnya.

Nurul Shuhada

Bagaimanapun, Shuhada tidak menjelaskan status tersebut ditujukan kepada mana-mana pihak.

Artikel Berkaitan: Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Nurul Shuhada Titip Kata Semangat – “Keluarlah Dari Family Toxic Macam Itu…”

Artikel Berkaitan: Shuhada Dedah Anak Rindukan Bapa, Nak Beli Robot Sebagai Pengganti Hafidz Roshdi… Umar Pernah Minta ‘Pinjam’ Ayah Sepupu

Artikel Berkaitan: Akui Ada Suami Hidup Jadi Serabut, Nurul Shuhada Mohon Maaf Kenyataan Disalah Tafsir – “Maksud Saya Kena Heal Diri Sendiri Dulu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Dayang Nurfaizah Akui Mahu Tukar Angin?

Yeay! Tak sabar nak dengar lagu baru Dayang Nurfaizah

Hiburan Mon, 4 Nov 2024

“Farid Kamil, Diana Danielle Sudah Sebulan Tidak Tinggal Sebumbung” – Peguam

Peguam syarie mewakili Diana Danielle, iaitu Datuk Akberdin memaklumkan pasangan selebriti ini sudah sebulan tidak tinggal sebumbung 😢

Featured Mon, 3 Jan 2022

Lionel Messi & Tiga Pemain PSG Positif Covid-19

Bintang bola sepak terkenal Lionel Messi dan tiga ahli pasukannya di dalam kelab bola Perancis, Paris Saint German (PSG) disahkan positif Covid-19. Perkara ini dimaklumkan oleh PSG pada Ahad. Pemain lain yang turut dijangkiti wabak […]

Trending Fri, 24 Apr 2020
Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Events Fri, 12 Oct 2018
Featured Tue, 2 Aug 2022

“Degup Atau Denyut Rezeki Saya Melimpah Ruah” – Nuha Bahrin Bersyukur Terima Respons Luar Jangkaan

Baru-baru ini timbul kontroversi mengenai penggunaan perkataan dalam lagu popular Casablanca yang dinyanyikan oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin. Sehinggakan penggunaan perkataan ‘denyut’ dalam lirik berkenaan ditegur oleh seorang guru yang dikenali sebagai Zack Kirana […]

Trending Fri, 27 Dec 2019

We Can’t Figure Out If This Designer Brand ‘Ramen Shoes’ Is A Joke Or Is A Joke!

That moment when you have leftover ramen inside your cupboards and you don’t know what to do with them.

Hiburan Sat, 14 Oct 2023

Pasangan Keenam Famili Duo 3 Jadi Tanda Tanya, Netizen Petik Nama Kak Lina Pom Pom & Suami?

Wahhh betul ke Kak Lina Pom Pom pasangan keenam Famili Duo 3? Jangan lupa tengok esok okay!

error: Content is protected !!