Kes Mahkamah By: Atiqah Johari March 26, 2024 @ 11:24pm

Shuhada Dedah Anak Rindukan Bapa, Nak Beli Robot Sebagai Pengganti Hafidz Roshdi… Umar Pernah Minta ‘Pinjam’ Ayah Sepupu

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi prosiding kes hadanah.

Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, Hafidz sekali lagi tidak hadir ke mahkamah atas alasan yang tidak dapat dielakkan.

Berkongsi mengenai perkembangan anak, Shuhada mendedahkan bahawa anak-anaknya merindui pelakon tersebut.

Lebih sayu, anak bongsunya, Umar ada memintanya untuk membeli mainan robot sebagai pengganti bapanya.

“Ibu, belilah abah robot di Shopee.

“Saya harapkan komitmen dia sebab anak-anak dia juga. Saya nak anak-anak saya rasa mereka ada juga abah walaupun tak sama macam orang lain. Sekurang-kurangnya, mereka rasa kehadiran seorang abah.

“Umar asyik cakap suruh beli roboh abah. Jenuh saya nak cari. Saya tak mahu dia ada perasaan begitu. Saya nak kita sama-sama bagi anak tak rasa kurang kasih sayang itu,” kata Shuhada.

Malah, kongsi Shuhada anak lelakinya itu juga pernah meminta ‘pinjam’ bapa daripada sepupunya.

“Humairah dah jadi macam saya, dah mula tak kisah sebab dah mula membesar. Umar mungkin sebab dia masih kecil, jadi dia tengok sepupu-sepupunya ada ayah, dia macam teringin nak ada ayah.

“Pernah juga dia pergi kepada sepupu dia dan cakap nak pinjam ayah dia. Kasihanlah dekat anak-anak, kan. Kalau bercakap mengenai anak-anak, saya sensitif sikitlah,” ujarnya.

Selain itu, Shuhada memaklumkan bahawa Hafidz ada menghubungi anak-anaknya semalam dengan membuat panggilan video.

“Saya tak dengar perbualan mereka sebab saya nak mereka ada privasi untuk bercakap dengan ayah mereka. Tapi, mungkin hal yang saya sempat terdengar, Humairah minta benda yang paling mahal sekali sebab dah sangat lama. Mungkin anak-anak ada minta sesuatu dekat dia kot,” katanya.

Manakala, Shuhada memaklumkan bahawa nafkah anak-anaknya Hafidz kini telah menambah nilai sebanyak RM100 seorang.

“Baru naik sikit (jumlah nafkah), RM200 seorang anak daripada RM100 untuk seorang anak sebelum ini.

“Saya tak boleh bergantung kepada ibu bapa saya sepenuhnya sebab mereka pun dah bersara. Mereka sama-sama bantu jaga anak saya pun alhamdulillah,” kongsinya lagi.

Artikel Berkaitan: 6 Bulan Tak Jenguk Anak-Anak, Nurul Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Tak Mahu Ambil Peduli – “Dah Kembali Berkahwin Jadi Mungkin Dia Fikir…”

Artikel Berkaitan: “Bagi Peluang Kau Lari, Kau Tak Nak Dengar” – Nurul Shuhada Nak Lawan Habis-Habisan?

Artikel Berkaitan: “Bersendirian Lebih Baik Berbanding Ada Dengan Orang Yang Salah!” – Nurul Shuhada

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
#tilljannah Sat, 6 May 2023

Shuib, Watie Sah Bertunang… Majlis Nikah Berlangsung Pada 23 Jun 2023

Wah Alhamdulillah! Selamat bertunang Shuib & Watie! Semoga segala urusan untuk majlis pernikahan akan dipermudahkan ❤️❤️

Featured Fri, 9 Sep 2022
Hiburan Thu, 20 Sep 2018

” Duit Aku Bila Nak Bayar?”, Fathia ‘Sound’ Aiman Hakim Di Instagram

Di bawah foto berkenaan, Fathia turut meletakkan tanda pagar rempitModeOn dan menggelar Aiman sebagai lelaki dayus.

Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Hiburan Fri, 18 May 2018

Marsha Milan Teruja Sambut Ramadan Kali Ini

Menurut Marsha juga, bulan ramadan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan kerana pada bulan ini sahajalah kita dapat memperbanyakkan ibadah disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim