Acara By: Fatin Nurain August 28, 2022 @ 3:28pm

Bakal Semarak Kembali Muzik Nasyid, Raihan Muncul Dengan Konsert Garis Masa November Ini!

Selepas 25 tahun menempa nama dalam industri tanah air, kumpulan Raihan bakal semarakkan kembali muzik nasyid menerusi Konsert Garis Masa di Stadium Malawati, Shah Alam, 26 November ini.

Umum tahu, Raihan telah meraih pelbagai pencapaian dalam industri hiburan tempatan sejak tahun 90-an sekali gus berjaya mencipta nama di beberapa benua seperti Eropah, Amerika Utara dan Afrika.

Konsert Garis Masa Raihan yang kini dianggotai oleh Che Amran, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim ini dianjurkan oleh syarikat WNS Marketing & Events Sdn Bhd buat pertama kali.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Jim Liew, konsert tersebut bakal membawa masyarakat kembali ke zaman kegemilangan mereka dan menghidupkan semula nostalgia yang pernah menjadi fenomena buat peminat muzik di Malaysia.

“Sebagai kumpulan yang telah mencipta pelbagai sejarah dan rekod serta menerima pengiktirafan, kami percaya Garis Masa Concert- Raihan mempu menarik orang ramai untuk menonton konsert mereka, malah ia akan menjadi sebuah persembahan yang lain dari biasa peminat saksikan,” katanya.

Selain itu, Jim Liew menyifatkan lagu-lagu yang disampaikan oleh kumpulan nasyid tersebut mampu memberi mesej yang baik kepada masyarakat terutamanya pada zaman yang penuh negativiti ini.

Biarpun konsert ini dianjurkan oleh orang yang bukan Islam, kumpulan itu amat berbesar hati menerima pelawaan pihak penganjur kerana perkara ini sudah biasa buat mereka.

“Sebenarnya benda ni kelakar, sebab yang banyak nak support raihan adalah dari golongan bukan Islam. Contohnya, Tony Fernandez yang mula mengambil kami sebagai artis rakaman ke peringkat international level.

“Jadi, bagi saya Allah yang sentuhkan hati mereka untuk menyokong perjuangan kami melalui muzik. Pada kami, kami pun tak tahu apa jawapan dia.

“Perkara itu memang fakta, kalau di oversea pun kami bekerjasama dengan orang bukan Islam. Pada kami, benda itu bukan benda yang ajaiblah, benda biasa,” kata Abu Bakar.

Sering menerima pelawaan untuk mengadakan konsert di luar negara, mereka turut menyifatkan konsert ini juga akan mengubati kerinduan peminatnya di tanah air.

“Ramai yang bertanya bila nak buat konsert di Malaysia? Jadi, bagi mereka yang rindu dengan persembahan Raihan inilah peluangnya sebab peluang sebegini tak datang selalu,” tambahnya.

Konsert ini juga bakal tampil secara ‘live percussion’ dengan  beberapa elemen muzik yang berbeza seperti Rock n Roll, akustik dan banyak lagi.

Orang ramai boleh dapatkan tiket di laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/ dengan harga bermula dari RM95 sehingga RM500 untuk dewasa.

Manakala, harga tiket untuk kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah bermula dari RM66.50 sehingga RM350.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 21 Jan 2023

Sering Berada Di Zon Selesa Punca Sissy Iman & Naim Daniel Masih Belum Bergelar Juara Mingguan?

Masih tidak berputus asa untuk menonjolkan sesuatu yang berbeza sejak awal minggu pertama demi menghiburkan para penonton. Pasangan sepupu, Sissy Iman dan Naim Daniel masih belum berjaya untuk membawa pulang RM10,000 sebagai duo terbaik mingguan. […]

Trending Wed, 4 Nov 2020
Trending Thu, 14 Nov 2019
Featured Sat, 11 Dec 2021
Trending Mon, 29 Oct 2018

Breast Prostheses Exists and are Important To Have

Let’s learn more about our breasts in Pink October.

Hiburan Wed, 24 Jan 2018

FARID KAMIL MASUK MAHKAMAH ESOK?

Datuk Farid Kamil turut memberitahu bahawa, beliau akan terus memperjuangkan nasib orang teraniaya dan meminta agar orang ramai mendoakan perjuangannya itu

Featured Tue, 29 Oct 2019
Hiburan Fri, 19 Apr 2019

Setahun Tak Ke Gym, Afieq Shazwan Rindu Badan ‘Sado’

Penyanyi Afieq Shazwan mengaku sudah setahun tidak ke gimnasium selepas disahkan mengalami masalah tekanan darah rendah. Penyanyi berusia 21 tahun ketika ditemui XTRA memaklumkan dia juga mengalami penurunan berat badan selepas dinasihatkan oleh doktor agar […]