Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir May 24, 2022 @ 12:01pm

“Hubungi Isteri Saya Pada Waktu Malam Itu Sudah Melampaui Batas” – Caprice Ajak Lelaki Ganggu Isterinya Untuk Bersemuka

“Hantar mesej pada isteri saya pada waktu malam. Bila orang mula melampaui batas dan buat kita risau pasal keselamatan keluarga, anda melanggar batasan”.

Demikian kata penyanyi Caprice, 33, yang memberitahu terdapat seorang lelaki menganggu isterinya, Farra Inalis.

Caprice turut meminta lelaki tersebut datang berjumpa dengannya untuk meminta maaf dalam tempoh 24 jam atau tindakan tegas akan diambil.

Menurutnya, perbuatan lelaki itu menghantar mesej WhatsApp kepada isterinya pada waktu malam adalah sangat melampau.

“Pertama, saya tak kisah kalau ada yang benci saya. Itu terpulang tetapi apabila anda mula kacau isteri dan anak saya, hubungi isteri saya pada waktu malam itu sudah melampaui batas.

“Anda ada masa 24 jam untuk jumpa dan minta maaf depan-depan. Kali pertama dapat mesej itu, kami beri amaran kerana fikir mungkin mamat (lelaki) ini gila.

“Tetapi tidak, hari ini (kelmarin) dia terus mesej isteri saya. Jangan main gila terutama tentang keluarga,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli membuat perkongsian tersebut di Instagram dengan mendedahkan wajah, nombor telefon serta mesej individu yang dimaksudkan.

Di ruangan komen, rata-rata peminat menyokong tindakan tegasnya untuk melindungi keluarga.

“Awak melakukan perkara yang betul. Semoga Allah melancarkan dan memberi jalan,” kata seorang pengikutnya.

Penyanyi dan pengasas aplikasi pendidikan ini juga turut meluahkan kebimbangan terhadap isu keselamatan insan tersayang dengan membalas kepada komen seorang peminatnya,

“Pertama yang saya bimbangkan adalah keselamatan isteri dan anak. Takkan nak pasang ‘bodyguard’? Tak sangka ada orang macam ini,” katanya.

Caprice dan Farra, 27, mendirikan rumah tangga pada pertengahan November tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Jan 2018

SINGLE TERBARU SYAMEL MEMUKAU

Walaupun baru dilancarkan di laman Youtube pada 14 Disember lepas, video ini sudah mencecah 200 ribu tontonan

Selebriti Mon, 26 Jun 2023
Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Trending Thu, 22 Feb 2018

年假结束心已死?人生达成「15件小事」越活越快乐

耍废时光总是过得特别快,一想到年后即将面临的各种生活挑战,不禁悲从中来!别太低落了,时时保持乐观心态,你会更快乐!

Trending Thu, 23 Apr 2020
Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Hiburan Thu, 8 Aug 2024

Nafi Ada Masalah Disiplin, Kamal Adli Tepis Dakwaan Tak Tepati ‘Call Time’… – “Saya Dah 15 Tahun Dalam Industri…”

Siapa yang pernah bekerja dengan Kamal Adli je tahu aktor hebat ni tak ada masalah disiplin okayh!

Featured Thu, 23 May 2024
error: Content is protected !!