Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 18, 2019 @ 5:40pm

Naqiu Beri Amaran, Ambil Tindakan Undang-Undang Pada Individu Yang Menyamar!

Penyanyi dan finalis Gegar Vaganza musim keenam, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin bin Mohd Najib berkata dia tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu yang menyamar jadi dirinya di media sosial.

Naqiu berasa kesal kerana individu tersebut telah mencalar reputasinya apabila menyamar jadi dirinya di laman sosial dan meminta derma daripada peminat. 

“Walaupun perkara seumpama ini bukan kali pertama berlaku, secara peribadi ia tetap mengejutkan saya.  Tak sangka ada pihak di luar sana yang tergamak mengambil kesempatan dengan memanipulasi peminat menggunakan nama serta gambar saya. 

“Pengurusan saya, Mind Order, bersama-sama pihak berkuasa sedang menyiasat perkara terbabit.  Jadi, saya ingin tegaskan di sini, pihak tidak bertanggungjawab itu takkan terlepas kerana menganiaya peminat saya,” katanya kepada BH Online. 

Tangkap layar perbualan individu yang menyamar menjadi penyanyi lagu Episod Cinta itu – foto ihsan BH Online

 
Bekas vokalis kumpulan Boboy ini menasihatkan peminat-peminatnya supaya tidak mudah tertipu dan berhati-hati jika dihubungi individu terbabit kerana dia tidak mungkin akan membuat meminta wang dari peminat-peminatnya sendiri. 

Kredit Foto: BH Online & Instagram @thisisnaqiu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 5 Jun 2022
Featured Fri, 13 Feb 2026

“Hidup Lebih Tenang Bila Berhenti Sibuk Hal Orang Lain”- Remy Ishak

Pelakon popular, Datuk Remy Ishak meluahkan pendapat peribadinya mengenai ketenangan hidup.

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Kembali Bertiga, Team Pagi SURIA Lebih Kecoh!

Jangan lupa untuk dengarkan Team Pagi Suria okay!

TECH Wed, 19 Dec 2018
Events Mon, 5 Mar 2018

Anuar Zain impikan ‘Royal Albert Hall, London’

“Siapa tak nak pergi ke luar Negara. Kalau ada rezeki memang saya berminat dan tidak akan menolak untuk menghiburkan rakyat Malaysia  di sana,” tambah pemilik nama sebenar, Shahrul Anuar Zain ini.

error: Content is protected !!