Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 24, 2025 @ 1:08pm

Sering Larut Dalam Emosi Terkenang Arwah Bapa Ketika Sampaikan ‘Renjana’, Shiha Zikir Tawar RM10,000 Kepada…

Walaupun kelihatan tenang di pentas, penyanyi Shiha Zikir tidak dapat menyembunyikan kesedihan sewaktu menyampaikan single terbaharunya yang berjudul Renjana.

Baru-baru ini, dalam sebuah program hiburan yang disiarkan secara langsung pada Selasa lalu, Shiha sebak ketika menyampaikan naskhah yang didedikasikan khas buat arwah bapanya, Allahyarham Mohd Zikir Abdul Hamid.

Menerusi satu hantaran di platform Thread, Shiha tampil memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat memberikan persembahan terbaik untuk lagu yang cukup peribadi itu.

@shihazikir Maaf tadi Shiha tak dapat nak nyanyi lagu #Renjana dengan baik 🥺🙏🏻 Terima kasih banyak2 @MeleTOP & semua yang hadir support tadi.. Sangat hargai🫶🏻 @Shiha Zikir Empire @Sony Music MY ♬ original sound – 🎙️shihazikir🎙️

“Maaf saya tak dapat nak nyanyi dengan baik kat MeleTop tadi. Tak dapat nak tipu feel yang saya rasa time tu.. siapa tengok tadi?” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Shiha turut berkongsi inisiatif istimewa buat para peminat sempena pelancaran lagu Renjana.

Usahawan Nasi Ayam Shiha Zikir itu menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 kepada seorang peminat bertuah sebagai sebahagian daripada kempen istimewa lagu tersebut.

“Cara untuk menyertai sangat mudah, di mana peserta hanya perlu memuat naik apa sahaja kandungan menggunakan lagu Renjana dan pastikan hashtag #renjana, #renjanashihazikir dan #renjana10K digunakan dalam setiap perkongsian,” kata Shiha.

@shihazikir SHIHA NAK BAGI RM10,000 BUAT SEORANG PEMENANG BERTUAH!! NI CARA2 NYA 👇🏻 1. Buat apa2 je content gunakan sound “Renjana” dari Shiha Zikir di aplikasi TikTok.Lagi banyak korang buat video,lagi besar peluang korang nak menang!!! 2. Gunakan hashtag #Renjana #RenjanaShihaZikir & #Renjana10K di setiap video 3. TAG @shihazikir , @Shiha Zikir Empire & @Sony Music MY ♬ Renjana – Shiha Zikir

Selain penggunaan hashtag, peserta juga dikehendaki untuk ‘tag’ akaun rasmi Shiha Zikir, Shiha Zikir Empire serta Sony Music Malaysia dalam hantaran mereka.

Jelas Shiha lagi, lebih banyak kandungan dimuat naik menggunakan lagu berkenaan, lebih tinggi peluang untuk dipilih sebagai pemenang.

Pelakon sitcom Jabatan Call Centre TV3 ini turut memaklumkan cabutan bertuah ini hanya akan berlangsung apabila muzik video Renjana mencapai satu juta tontonan.

“Saya akan umumkan pemenang pada awal September nanti jika muzik video Renjana telah mencecah 1 juta tontonan. Tapi kalau sampai 1 juta views lebih awal, kita akan terus lakukan cabutan bertuah,” tambahnya.

Lagu Renjana merupakan karya ciptaan Shiha bersama rakan baiknya, Zimi Sofazr. Ia ditulis sebagai penghargaan dan luahan rindu terhadap arwah bapanya yang banyak memberi sokongan kepada Shiha.

Video muzik Renjana yang diarahkan oleh Shiha dan pengurusnya, Arul turut menampilkan rakaman kenangan sebenar bersama arwah bapanya, termasuk detik-detik mereka memancing dan perjalanan Shiha ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sesi uji bakat.

Shiha juga pernah menyatakan segala pencapaiannya selepas menyertai program Mentor dan dalam karier seninya hingga kini adalah didedikasikan sepenuhnya buat arwah bapanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 May 2019

Jarang Balik Kampung, Lia Natalia Cuti Beraya Sebulan

Lia sanggup menolak beberapa tawaran berlakon sepanjang musim perayaan kerana nak pulang ke kampung halaman.

Events Thu, 23 Apr 2020
Featured Sat, 12 Apr 2025

Kongsi Momen Majlis Nikah Aisyah Aziz, Neelofa Sebak – “Gembira Jadi Sebahagian Dari Hari Istimewa Mereka”

Neelofa sebak menyaksikan Aisyah bersalaman dan berpelukan dengan keluarganya .

Featured Tue, 5 May 2026

Enggan Dituduh Penakut, Nubhan Tampil Pertahan Diri – “Banyak Sangat Fitnah! Makin Diam, Makin Menjadi”

Nubhan mengakui timbul pelbagai fitnah yang berlaku sebelum ini sehingga memaksanya untuk tampil mempertahankan diri.

Hiburan Sun, 26 May 2019

Dah Jumpa Calon Isteri, Along Cham Sedia Akhiri Zaman Duda

Semoga semuanya berjalan lancar, tahniah Along!

Featured Wed, 19 Mar 2025

Gagal Tahan Sebak, Bekas Isteri Dedah Sudah Bercerai Dengan Abang Viva… Enggan  Buka Aib – “Saya Hargai Dia”

Kata Eva, dia dan abang Viva atau nama penuhnya, Azwan Omar tidak bermusuh apatah lagi mahu membuka aib-aib masing-masing di media sosial.

Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Featured Wed, 9 Mar 2022

Aisar Khaled Teruja Bergandingan Dengan Syafie Naswip & Elizabeth Tan

Fuh, bukan biasa-biasa barisan pelakon filem ini!

error: Content is protected !!