Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 15, 2022 @ 7:48pm

Setahun Berlalu, MADAM Muncul Rancak Dengan Nona

Kumpulan muzik MADAM yang dianggotai empat pemuzik muda penuh bakat kembali merancakkan persada industri muzik tempatan dengan kelahiran single terbaharu mereka berjudul Nona.

Istimewanya pada kali ini, lagu tersebut dihasilkan sepenuhnya oleh mereka sendiri, Putera (vokalis), Azuan (pemain bass), Herman (pemain dram) dan Fadhil (gitaris).

“Buat pertama kalinya, MADAM muncul dengan single cetusan ilham kami sendiri tanpa penglibatan mana-mana komposer luar.

“Saya sendiri yang menulis lirik Nona manakala melodinya pula disempurnakan oleh kami berempat,” jelas Putera.

Single terakhir MADAM berjudul Kekasihku telah dikeluarkan hampir setahun yang lepas, setelah itu band tersebut agak sepi tanpa kehadiran single baharu.

“Selepas muncul dengan tiga single hasil ciptaan komposer lain sebelum ini, kami berbincang dengan pihak Rocketfuel untuk menghasilkan karya sendiri, dan setelah beberapa kali perbincangan dilakukan serta beberapa lagu dicadangkan, barulah proses rakaman Nona dapat dimulakan.

“Memandangkan ini pertama kali kami menghasilkan sebuah lagu secara langsung dari awal sehingga akhir, sedikit masa diperlukan untuk memastikan karya yang kami ciptakan adalah memuaskan dan sesuai dengan selera pasaran masa kini,” kata Azuan.

Lagu berjudul Nona ini menceritakan tentang sebuah kisah bagaimana seorang lelaki yang bertemu dengan seorang wanita lalu jatuh cinta dengan keindahan paras dan peribadi wanita itu.

“Nona yang merupakan panggilan buat gadis-gadis yang belum berkahwin merupakan lagu tentang cinta yang ingin dibawa ke akhir hayat,” terang Herman.

Masih mengekalkan genre rock yang merupakan ‘trademark’ MADAM, namun menariknya lagu Nona ini, ia diberikan kelainan dengan suntikan elemen muzik nusantara dalam paduan moden yang lebih rancak.

“Kami sengaja membawa ‘mood’ yang lebih gembira dalam lagu ini berbanding sebelumnya, kerana single-single kami terdahulu hadir dengan nada yang sedih, dan dengan terlahirnya Nona, ia menanda kematangan MADAM dalam membawa muzik rock yang pelbagai.

“Hampir sebulan tempoh yang diperuntukkan untuk menyiapkan Nona. Proses rakaman memakan masa selama tiga hari saja, manakala proses pengubahsuaian serta mixing mengambil masa yang lama demi mencari dan membentuk muzik mengikut citarasa kami,” tambah Fadhil.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 8 Oct 2020
Filem Wed, 20 May 2026

Ini Respons Siti Khadijah Halim Bila Aweera Beri Ucapan Romantik – “Saya Tak Mahu Panjangkan Perkara Ini”

Siti Khadijah Halim tidak pernah mengambil serius terhadap segala perkongsian dibuat Aweera, termasuklah ucapan romantik.

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Wak Doyok Hadiahkan Ibu Banglo

Rumah kayu buruk, kini bertukar menjadi rumah banglo hadiah buat ibu Wak Doyok

Hiburan Sun, 24 Nov 2019
Trending Thu, 5 Dec 2019

80’s Singer Nassier Wahab Passed Away, Battled With Cancer

May God bless and comfort the family family during this difficult period; please accept our sincere condolences.

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Nedim Mohon Bantuan Netizen!

Beliau mahu menyampaikan hasrat untuk membantu merawat kos perubatan anak Danial Rayyan yang menghadapi ekzema kritikal.

error: Content is protected !!