Euforia Bola 2026
Filem By: Padin May 20, 2026 @ 7:04pm

Ini Respons Siti Khadijah Halim Bila Aweera Beri Ucapan Romantik – “Saya Tak Mahu Panjangkan Perkara Ini”

Pelakon Siti Khadijah Halim memilih untuk tidak memanjangkan isu membabitkan penyanyi Aweera selepas tindakannya memuat naik ucapan romantik beserta lakaran wajah aktres itu mencetuskan perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.

Menurut bintang filem Khadam yang berusia 29 tahun itu, dia tidak pernah mengambil serius terhadap segala perkongsian dibuat penyanyi itu.

“Saya rasa benda itu sangat lucu sebab sebelum ini memang ada saja dia buat story, tag saya dan menyanyi sambil tag nama saya. Ada, cuma saya memilih untuk tidak membalas sebab saya tak mahu timbulkan kontroversi yang tak perlu. Saya tak mahu panjangkan perkara ini.

“Saya tak suka kontroversi murahan. Kalau ada kontroversi pasal saya, biarlah yang membanggakan Malaysia di peringkat antarabangsa, saya lebih suka yang macam itu,” katanya kepada XTRA.

Bagaimanapun, Siti mengakui menghargai keberanian Aweera yang secara terbuka menunjukkan penghargaan terhadap dirinya.

“Saya tak tahu apa sebenarnya perasaan dia terhadap saya, tetapi saya berterima kasih sebab bukan semua orang ada keberanian untuk luahkan penghargaan kepada seseorang secara terbuka macam itu. Saya kagum dengan keberanian dia untuk berbuat demikian,” katanya.

Mengulas dakwaan kononnya mereka mempunyai hubungan istimewa, Siti menegaskan perkara itu tidak pernah berlaku, malah Aweera juga tidak memiliki nombor telefon peribadinya.

“Dia tak pernah mesej sebab dia memang tak ada nombor saya dan saya harap kekal macam itulah. Cuma ada mesej dan ada hubungi nombor kerja saya.

“Kadang-kadang saya rasa kurang selesa, jadi saya tolak dengan cara baik. Saya harap perkara ini tak melukakan mana-mana pihak sebab itu bukan niat saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khadamthemovie

Tambah Siti, dia juga memilih untuk mengabaikan mesej diterima kerana tidak mahu perkara tersebut menjadi lebih panjang.

“Saya abaikan sebab tak nak memanjangkan cerita. Apa pun kalau ada yang berminat atau suka pada saya, saya ucapkan terima kasih,” katanya.

Dalam masa sama, aktres itu mengakui fokus utamanya ketika ini adalah terhadap kerjaya seni yang sedang berkembang.

“Buat masa sekarang saya memang lebih fokus kepada kerjaya. Kita pun tak tahu perjalanan karier ini sampai bila.

“Selagi masih ada peluang dan tenaga, saya mahu fokus cari duit dan bina karier dulu. Kalau ada rezeki dan jodoh nanti, insya-Allah.

“Terbaharu, saya mahu fokus mempromosikan filem Khadam. Dalam naskhah arahan Shamyl Othman itu, saya memegang watak sebagai Manis, adik kepada Melor,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Dalam filem yang bakal menemui penonton pada 11 Jun hadapan itu, Siti bergandingan dengan Datuk Remy Ishak yang memegang watak Awang dan pelakon Indonesia, Aghniny Haque yang membawa karakter Melor.

Turut membintangi filem berkenaan ialah Zarra Zhaff, Karl’ El dan Jun Lojong.

Khadam mengangkat kisah Melor yang mewarisi saka keluarganya selepas kematian ibu. Gangguan tersebut kemudian menjelma sebagai versi ‘sempurna’ dirinya sebelum perlahan-lahan mengambil alih kehidupan sebagai isteri dan ibu terbaik.

Filem ini tampil dengan elemen seram psikologi yang mengetengahkan konsep saka atau khadam yang diwarisi dalam keturunan, selain menggabungkan unsur emosi, keluarga dan misteri dalam penceritaannya.

Diterbitkan oleh Red Communications dan Komet Productions bersama beberapa rakan strategik antarabangsa termasuk Magma Entertainment, VMS Studios, Sil Metropole, Applause Entertainment, Primeworks Studios serta Golden Screen Cinemas, filem itu turut mendapat sokongan FINAS.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 23 Oct 2019
Featured Tue, 13 Jan 2026

20 Tahun Hidap Sinus, Mira Filzah Rasa Terganggu… Mimi Lana Kongsi Tips!

Mira mengakui masih sukar memahami keadaan sinus yang sering menyerangnya secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda awal.

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Kenapa Syanie Kecil Hati?

Mentaliti seperti ini yang membuat orang berbadan besar berasa rendah diri dan kurang keyakinan. Jangan pandang rendah kerana kami juga layak dihormati

Trending Thu, 5 Sep 2019

‘Disambut’ Dengan Balingan Objek Pada Penyokong Harimau Malaya

Risaunya sebab tujuan untuk bermain bola sepak tetapi jadi huru-hara pula

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Menang Kategori Sama Lakar Sejarah Tersendiri Buat Fattzura

Kami berterima kasih dengan drama Hero Seorang Cinderella yang memberi banyak kenangan manis dan juga menjadi lokasi pertemuan kami, bercinta dan berkahwin.

Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Hak Milik Pasaraya Jadi Persoalan, Rosyam Nor Buat Sidang Media Hari Ini

Sama-sama kita nantikan penjelasan usahawan berusia 52 tahun ini…

Hiburan Sun, 8 Sep 2019

Setahun Lebih ‘Cuti’, Mawar Rashid Siap Sedia Untuk…

Terdahulu, Mawar pernah membintangi drama antaranya Kalis Kasih, Raisha 2, Aurora Aisyah dan banyak lagi. 

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Misteri Kematian Sridevi!

Berikutan hasil penyiasatan terbaharu itu, polis Dubai memanggil suami Sridevi, Boney Kapoor untuk siasatan lanjut tetapi dibenarkan pulang sebaik soal siasat selesai.

error: Content is protected !!