Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 22, 2023 @ 4:37pm

Bawa Lagu Memori Tercipta, Shila Amzah Sebak Ramai ‘Sing-Along’ Hingga Axiata Arena Bergema Di Malam Konsert Rockmantic Night Judika & The Gang!

Penyanyi popular, Shila Amzah meluahkan rasa terharu atas sambutan luar biasa ketika menjadi tetamu jemputan di Konsert Rockmantic Night Judika & The Gang pada malam, Sabtu.

Bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil, Shila membawa lagu ‘sentimental’ berjudul Memori Tercipta memberi kesan mendalam kepada penonton lebih 13,000 yang terimbau kenangan lalu mereka.

Shila mengakui dia hampir menitiskan air mata apabila penonton bersama-sama menyanyikan lagu Memori Tercipta itu sehingga Axiata Arena bergema!

“Sang Memori tercipta with such a huge energy from the crowd last night, It was magical ✨.

“I got so overwhelmed, I couldn’t sing the first chorus as I was holding back my tears..

“Reminiscing few good old days I had, but the rest are history. Iowned myself last night 😭,” tulisnya di platform X.

Shila turut menyanyikan lagi duet bersama Judika berjudul Kisah Ku Inginkan nyanyian asal bersama biduanita, Datuk Sri Siti Nurhaliza.

Selain Shila, bintang Marsha Milan, dan Haqiem Rusli antara yang memeriahkan malam konsert tersebut.

Malah, Judika juga meluahkan rasa terharu dan bangga apabila dapat berkolaborasi bersama bintang-bintang tanah air yang mempunyai bakat besar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Dalam perkembangan lain, Shila bersama adiknya, Syahir Amzah sedang bersaing dalam musim baharu Famili Duo yang sedang hangat bersiaran di TV3.

Jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad jam 9 malam dan strim secara HD di Tonton.ir syaifq

Artikel Berkaitan: ‘Halau’ Kekasih Syafiq Dari Rumah, Shila Amzah Tak Teragak Hantar Notis LOD Pada Eiza Idanie! – “Duduk Rumah Saya Tanpa Izin, Berhenti Jadi Batu Api!”

Artikel Berkaitan: “Semalam Nampak Dia Kat Stadium…” – Emosi Shila Amzah Terganggu, Mimpi Pelakon Wanita Ganggu Ubai… Tepis Dakwaan ‘Insecure’

Artikel Berkaitan: “Kebenaran Tersimpul Rapi” – Mengaku Pernah Bersangka Buruk, Netizen Mohon Maaf Pada Shila Amzah

Artikel Berkaitan: “Kehormatan Saya Dicabar! Tak Ada Isu Saya Halau Darah Daging Sendiri” – Shila Amzah Perjelas Konflik Babitkan Ibu & Adik – Beradik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

10 Male Hollywood Celebrities Who are Shorter than 170cm

They always look taller in screens.

Featured Mon, 26 Sep 2022
Hiburan Tue, 22 Oct 2024

Rupanya Dah Kahwin! Bunga Dah Setahun Bergelar Isteri Kepada Komposer

Wahh, dalam diam ek Bunga. Apapun, tahniah!

Hiburan Fri, 8 Sep 2023
Featured Tue, 9 May 2023

“Tepuk Dahi, Fikir Sendiri” – Titip Nasihat, Nora Ariffin Minta Pastikan Niat Untuk Kahwin

Bila niat purely kerana Allah, In Sha Allah dilorongkan keberkatan & kebaikan sampai bila-bila – Datuk Nora Ariffin

LIFESTYLE Tue, 8 Oct 2019

Tak Tahu Nak Bawa Apa Ketika Bercuti? Nah, Semak List Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Travel!

Wow! Menarik juga list yang disediakan oleh tema Xtra ni. korang boleh try nanti okay!

Hiburan Sat, 10 Sep 2022
error: Content is protected !!