Selebriti By: Fatin Nurain October 2, 2023 @ 4:45pm

Fadlan Hazim Kongsi Budaya Berkahwin Dengan Wanita Kazakhstan – “Takda Hantaran, Hanya…”

Pelakon Fadlan Hazim tampil berkongsi budaya berkahwin dengan wanita Kazakhstan selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Aiya Mukhamedsalova.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Fadlan dalam sebuah temu bual santai bersama pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor, baru-baru ini.

Dalam temu bual tersebut, Rosyam meluahkan rasa ingin tahunya berkaitan wang hantaran yang dikenakan oleh ibu bapa mertua aktor itu untuk berkahwin dengan anak perempuannya.

Menurut Fadlan, budaya Kazakhstan sememangnya berbeza dengan adat Melayu kerana dia tidak perlu memberikan wang hantaran atau mas kahwin.

“Mereka tak tekankan sangat hantaran tu. Budaya mereka lain. Saya takda hantaran. Masa nikah haritu cuma cincin emas sahaja.

“Saya dah cuba yakinkan mereka nak bagi mas kahwin. Tapi mereka kata, tak perlu mas kahwin sebab mereka hanya hargai saya nak jaga anak mereka betul-betul,” katanya.

Dalam pada itu, Fadlan turut menyatakan budaya hantaran itu selalunya akan dibuat ketika majlis resepsi nanti dalam satu upacara menukar hadiah

“Ada, mereka punya budaya is bila waktu resepsi nanti dua keluarga akan berdepan dan akan tukar hadiah. Jadi hantaran tu akan dibuat ketika wedding nanti,” jelasnya.

Terdahulu, Fadlan dan Aiya telah mendirikan rumah tangga pada 15 Julai lalu.

@suhanmovies Hantaran Gadis oversea vs Gadis Melayu?! EP 4 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 2] – PART 9 @Fadlan Hazim #fadlanhazim #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #usanita #kahwin #kahwincampur ♬ original sound – suhanmovies

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Nick Jonas and Priyanka Chopra aren’t Taking Anything From Haters

The couple is not letting anyone get in the way of their happiness.

Hiburan Mon, 24 Feb 2020

[VIDEO] Macam Majlis Kahwin! Sekitar Majlis Aqiqah Anak Anzalna Nasir Yang Gah

Family En.Nasir ni memang cantik belaka semuanya kan?

Events Sat, 12 Aug 2023

PRN: Afdlin Shauki Pilih Altimet Teraju Kawasan Lembah Jaya

Wah, agak-agak siapa yang menang PRN malam ni??

Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Min Yasmin Popular Di Filipina?

Wajah Min turut dipaparkan pada badan bas yang juga studio bergerak stesen itu. Power lah!

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Tidak Mahu Ulang Kesilapan, Maya Karin Makin Memilih

Walaupun namanya agak tidak menonjol beberapa tahun ini namun, pelakon cantik ini mengakui dirinya kini semakin memilih sebelum menerima mana-mana tawaran lakonan walaupun bayarannya cukup lumayan.

Hiburan Tue, 28 May 2019

Doakan Jebat Jayden…

Untuk yg belum tahu, jebat kena UTI dan ada block di salur kencing dia dan dah selesai jalani operation. Namun tak recover dengan baik.

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

12 Hari Di ICU, Mamat Khalid Mula Buka Mata Buat Kali Pertama

Semoga abang Mamat Khalid sembuh seperti sedia kala

Hiburan Wed, 17 May 2023