Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 1, 2025 @ 12:38pm

Anak Alahan Teruk, Zahirah Macwilson Serahkan Kucing Kepada Ameera Khan

Pelakon jelita, Zahirah MacWilson dengan berat hati berkongsi, dia dan suami terpaksa membuat keputusan untuk menyerahkan semula kucing peliharaan keluarganya kepada rakan baiknya yang juga pempengaruh popular, Ameera Khan, selepas anaknya Isaac Raees mengalami alahan teruk terhadap haiwan berkenaan.

Menurut Zahirah, Isaac sangat menyayangi kucing berkenaan namun, alahan yang dialaminya menjadi semakin sukar untuk dikawal.

“Menjadi satu cabaran untuk saya dalam menguruskan alergik Isaac terhadap kucing sebab dia memang sangat sukakan haiwan berkenaan.

“Kami juga sudah mengasingkan kucing tersebut di bilik yang berlainan tapi dia selalu minta untuk bermain dengan haiwan tersebut,” katanya.

Perkara itu dikongsi Zahirah menerusi hantaran di ruangan Instagram Story (IGS) miliknya.

Dalam pada itu, Zahirah juga mengakui, sebagai ibu dia tidak sanggup melihat anak sulungnya itu terus bergantung kepada ubat-ubatan termasuklah terpaksa mencuci tangan setiap kali sudah bermain dengan haiwan tersebut.

“Saya tidak mahu membiarkan dia terus menangis dan makan ubat secara berterusan dan menyuruhnya mencuci tangan 24 jam termasuklah melarangnya dekat dengan kucing tersebut.

“Dengan rasa berat hati, kami telah memulangkan semula Rocky. Dan ini adalah keputusan yang tepat buat masa sekarang,” jelasnya.

Menerusi hantaran tersebut, ibu anak dua itu turut berkongsi foto Ameera bersama kucing tersebut yang diberi nama, Rocky.

“Kitty’s new Mamma. Saya tahu dia berada ditempat yang baik,” kongsinya.

Namun, diakhir perkongsian tersebut, Zahirah tidak menolak kemungkinan untuk kembali membela kucing pada masa akan datang.

“Mungkin satu hari nanti, kami akan mempertimbangkan untuk membela semula kucing dan harapnya pada ketika itu Isaac sudah besar dan boleh menguruskan alahannya,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 23 Jun 2021
Hiburan Tue, 17 Dec 2019

‘Kalau Ada Berita Gembira, Pasti Saya Kongsi’- Nadzmi Adhwa

Doakan yang baik-baik untuk mereka ok…

Featured Tue, 17 May 2022

“Tak Mampu Jangan Ajak!” – Gadis Perlekeh Lelaki Bawa Dating Di Drive-Thru

Masing-masing ada citarasa tersendiri tapi jangan sampai perlekeh orang lain… Kalau korang first date nak keluar makan dekat mana?

Hiburan Tue, 24 Jun 2025

Alif Satar Bimbang Keselamatan Keluarga & Rakan Di Doha

Alif Satar bimbang keluarga dan rakan di Doha, Qatar

Featured Sun, 16 Sep 2018

Penggemar Sukan Berbasikal, Ini Tip Pemakanan Sihat Untuk Anda

Amalkan pemakanan ini untuk pecutan yang luar biasa!

Trending Tue, 30 Oct 2018

「3.5米巨型Hello Kitty」Our Sanrio Times展览齐集吉隆坡

Sanrio由1960年成立至今,已推出过超过400个成员!家传户晓的Sanrio家族成员,又岂止可爱的Hello Kitty一个,其余300多个成员,你又对他们的认知有几多?

Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Netizen Sebak Lihat Zizi Kirana, Farah Lee Usap Kepala Ardell Aryana – “Sahabat Berjuang Bersama”

Netizen sebak lihat persahabatan Ardell Aryana, Zizi Kirana dan Farah Lee

error: Content is protected !!