Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 28, 2025 @ 9:00pm

Mengaku Gaduh Manja, Reen Rahim & Suami Tak Main-Main Soal Tanggungjawab… Netizen Puji: “Sweet Couple Ever”

Pelakon cantik Reen Rahim mencuri perhatian selepas berkongsi video dengan suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.

Menyifatkan hubungan suami isteri mempunyai perjalanan tersendiri, Reen dan suami mengaku mereka bukanlah pasangan paling matang.

“Bismillah… Betul… kami ni bukan pasangan paling matang. Kadang gaduh manja, kadang gelak tak masuk akal, kadang main lebih dari buat kerja,” tulis Reen.

Namun begitu, Reen menegaskan mereka suami isteri tidak pernah berkompromi soal tanggungjawab, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan bisnes yang mereka jalankan bersama.

“Tapi satu benda yang kami tak pernah main-main, tanggungjawab. Lagi-lagi bila melibatkan bisnes dan produk yang kami keluarkan sendiri.

“Di sebalik gelak tawa tu, ada dua orang yang belajar untuk jadi lebih dewasa… yang belajar untuk buat sesuatu dengan hati dan yang belajar untuk buat sehabis baik setiap hari,” tulisnya lagi.

Reen juga berterima kasih kepada peminat yang mengikuti perjalanan kecil mereka sebagai suami isteri serta usahawan.

“Kami mungkin tak perfect, tapi kami serius bila bab usaha. Serius bila bab rezeki. Serius bila bab jaga kualiti. Ini perjalanan kecil kami. Terima kasih sebab ikut perjalanan kecil kami ni,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, di ruangan komen, peminat menitipkan kata-kata positif memuji Reen dan suami.

Dalam perkembangan terbaharu, Reen dan suami sedang sibuk menguruskan perniagaan mereka iaitu Quyus dan Q’Tox.

Reen mendirikan rumah tangga dengan Hazim pada 22 Disember 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Dec 2023
Filem Thu, 8 Dec 2022

Duan Nago Bogho Bukan Sekadar Filem Aksi, Angkat Perjuangan Maruah Seni Mak Yong

Tidak dapat dinafikan filem yang bercorak aksi sememang-memangnya merupakan genre yang cukup digemari oleh penonton di Malaysia. Melihat kepada potensi filem yang sebegini telah membuatkan syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn. Bhd. muncul dengan sebuah naskhah […]

Hiburan Mon, 4 Dec 2023

Mahu Lebih ‘Confident’ & Jaga Penampilan Diri, Zoey Rahman Mengaku ‘Buat Muka’ – “Orang Tak Suka Abaikan Saja”

Saya dalam perniagaan kosmetik kalau orang lihat muka berkedut nanti orang tak yakin pula dengan produk kita tu – Zoey Rahman

Hiburan Sat, 11 Aug 2018

Comelnya Anak Kedua Waris, Tihani Izz Nina

Cuma bezanya, bayi kami kali ini lebih berat berbanding abangnya yang hanya 2.46 kg ketika dilahirkan. Tahniah Waris dan Izzati!

Featured Fri, 24 Mar 2023

Hilang Banyak Tawaran Kerja, Dafi Dedah Pernah Pecahkan Tabung – “Ayah Dah Tak Jadi PM, Semua Lesap”

Nampak gah dan mewah, tapi dalam diam tiada siapa yang tahu kan.. Sabar ya Dafi! 💪🏻

Hiburan Mon, 28 Jul 2025
Hiburan Thu, 18 Jul 2024
error: Content is protected !!