Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 12, 2019 @ 5:55pm

Kurang Tawaran Berlakon, Beego Jadi Pembekal Durian

Disebabkan kurang mendapat tawaran berlakon sejak tahun lalu, pelakon Beego kini bertukar angin menjadi pembekal buah durian.

Kata Beego ketika ditemui XTRA memaklumkan dia bakal sibuk pada bulan Ramadan ini memandangkan perlu membekal hampir 5,000 kilogram buah durian setiap hari.

“ Bukan merajuk dari dunia lakonan cuma tawaran sudah makin kurang. Sebagai pelakon lama saya perlu cari back up untuk masa depan.

“ Jadi saya mencuba pelbagai pekerjaan termasuklah menjadi pembekal buah durian.

“ Untuk Ramadan tahun ini, saya akan dapatkan buah durian dari Pahang dan Johor untuk bekalan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur,” katanya bersemangat.

Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah memberitahu ini merupakan projek sulungnya dan berharap agar segalanya dipermudahkan.

“ Saya pun pada awalnya sekadar mencuba menghantar tender, tak sangka rezeki menyebelahi saya pada tahun ini,” kata suami kepada pelakon Linda Rahim ini.

Dalam perkembangan lain, Beego baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem yang bakal disiarkan untuk siaran RTM tidak lama lagi. Semoga Beego terus sukses dalam perniagaan dan lakonan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 Sep 2023
Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Aliff Syukri Sumbang RM 1.5 Juta Untuk Golongan Kurang Berkemampuan

Alhamdulillah…Semoga terus dimurahkan rezeki Datuk Aliff!

Hiburan Thu, 8 Dec 2022

Gelagat Ummi Nazeera Di Karpet Merah Curi Tumpuan Netizen – “Terpeleot Pun Comel Dia Ni!”

Gelagat pelakon Ummi Nazeera di karpet merah Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka minggu lalu mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran di akaun TikTok, Ummi yang berjalan di karpet merah sambil berpegangan […]

Featured Fri, 18 Jun 2021

Parlimen Laksana WFH Hingga 28 Jun

Parlimen Malaysia akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bermula 15 hingga 28 Jun 2021. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu pengumuman dalam ciapan twitter Parlimen Malaysia pada Jumaat. BDR yang dilaksanakan selaras dengan pelanjutan tempoh […]

Hiburan Thu, 9 Nov 2017

KURANG CERDIK? FATHIA LATIFF

Bagaimanapun, Fathia menjelaskan dalam satu komen balasnya bahawa dia bertindak sedemikian kerana terdapat segelintir komen yang ditinggalkan oleh netizen tidak senonoh.

error: Content is protected !!