Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd June 18, 2021 @ 7:38pm

Parlimen Laksana WFH Hingga 28 Jun

Parlimen Malaysia akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bermula 15 hingga 28 Jun 2021.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu pengumuman dalam ciapan twitter Parlimen Malaysia pada Jumaat.

BDR yang dilaksanakan selaras dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa 1 – penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial – yang dikuat kuasakan oleh kerajaan.

Kenyataan itu dikeluarkan sehubungan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Baginda dalam satu kenyataan Istana Negara baru-baru ini, bertitah demikian bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.

Walau bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh hubungi talian hotline Bilik Operasi Parlimen Malaysia di talian 03-26036106 / 03- 26017222 / 03- 20721955.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Aug 2024
Trending Sun, 4 Feb 2018

DiPenjara 6 Tahun Jika Sunat Kanak-Kanak Di Iceland

Baru-baru ini di Iceland, Ahli Parlimen mereka mencadangkan agar larangan untuk kanak-kanak lelaki berkhatan dikeluarkan oleh kerajaan negara itu, lapor Independent UK. Cadangan itu juga disusuli dengan hukuman penjara kepada sesiapa yang cuba menjalankan amalan ini […]

Hiburan Sun, 13 Oct 2019
Featured Sat, 10 May 2025

Syafiq Yusof Ajak Sokong Filem Tempatan, Warganet Komen: “Banyak Movie Lokal Bulan Mei Ni”

Menurut segelintir netizen, tayangan pada tarikh yang sama adalah tidak logik.

Trending Tue, 30 Nov 2021

RM200,000 Gagal Dibayar, Mahkamah Tinggi Arah Harta Nur Sajat Disita & Dijual

Permohonan OWA Resources Sdn. Bhd. untuk menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar oleh usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman melalui proses penyitaan dibenarkan oleh mahkamah dan telah dilaksanakan pada pagi tadi. Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed […]

Hiburan Fri, 7 Nov 2025
error: Content is protected !!