Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 12, 2018 @ 4:14pm

Aliff Syukri Sumbang RM 1.5 Juta Untuk Golongan Kurang Berkemampuan

Biarpun sering dikecem di media sosial, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah peduli dengan semua kecaman terhadapnya.

Jutawan berusia 32 tahun ini mahu terus membuat kebajikan biarpun adakala dirinya dikaitkan sebagai individu suka menunjuk-nunjuk.

“ Orang luar selalu bercerita tentang sisi buruk saya saja tetapi orang tidak tahu sisi baik saya. Tak apalah, saya tidak boleh paksa orang suka saya.

“ Alhamdulillah hari ini syarikat D Herbs Holdings sudah menyalurkan sumbangan sebanyak RM 1.5 juta kepada Lembaga Zakat Selangor bagi agihan kepada orang kurang berkemampuan,” katanya kepada xtra.com.

Dalam masa sama, Aliff juga menyarankan agar usahawan terutama yang bergelar jutawan terus berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan.

Aliff memberitahu dia optimis mengukuhkan jenamanya seterusnya dapat menyumbang lebih banyak kepada masyarakat memerlukan.

“ Kalau boleh saya mahu ada menara sendiri, cawangan resort dan restoran. Ia hanya dapat direalisasikan dengan sokongan anda di luar sana. Orang tak suka saya? Saya tak peduli kerana saya tak kacau anda,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Baru Sebulan Bercinta, Justin Bieber Bakal Berkahwin?

Selepas melalui episod percintaan bersama Selena Gomez, akhirnya Bieber memilih untuk berkahwin. Tapi…

Cahaya Mata Wed, 17 Aug 2022

“Semoga Mama Pun Kuat!” – Menangis Sampai Mata Bengkak! Mira Filzah Luah Perasaan Pertama Kali Jauh Dengan Anak

Ramai yang cakap Mira Filzah seorang ibu yang kuat dan dijadikan inspirasi buat ibu yang bekerjaya 😍

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

‘Tidak Adil Tuduh Begitu’- Neelofa

Kata Neelofa, kakaknya semakin positif dan kuat meskipun…

Fab Foodies! Wed, 23 May 2018

Juadah Berbuka Puasa Untuk Si Comel!

Hidangan Ramadhan hari ketujuh ini, Chef Imelda Harris akan berkongsi menu kanak-kanak yang bakal membangkitkan selera anak anda dengan Baked Triple Cheese Pasta!

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

‘Syukur…Isteri Mula Bertudung’- Nabil Ahmad

Nabil Ahmad meminta orang ramai untuk tidak menghakimi niat baik wanita yang berusaha untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Featured Tue, 5 Jul 2022
Featured Tue, 26 Apr 2022
error: Content is protected !!