Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Atiqah Johari August 17, 2022 @ 4:22pm

“Semoga Mama Pun Kuat!” – Menangis Sampai Mata Bengkak! Mira Filzah Luah Perasaan Pertama Kali Jauh Dengan Anak

Baru-baru ini, pelakon jelita Mira Filzah memuat naik sebuah hantaran yang memaparkan dirinya bekerjasama dengan sebuah syarikat Uniqlo di Indonesia.

Menerusi perkongsian tersebut, dilihat Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29 sempat meluahkan perasaan sedihnya apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya selama lima hari buat pertama kalinya.

“Ini pun first time tinggalkan Amir untuk 5 malam. First day photo shoot mata bengkak, sebab malam sebelum tu VC Amir nangis nangis. @farhadiana dgn @harizayiz tengok je lah. Haha. Terus Hariz masuk bilik. First day je lah tapi. Hari kedua dan seterusnya dah okay sikit. Hehe.,” tulisnya diruangan kapsyen.

Jelas aktres drama Pujaan Hati Kanda itu, bukan mudah menjadi seorang ibu yang baru melahirkan anak kerana perlu mencari masa menyediakan keperluan anak ketika bekerja diluar dan berjauhan dengan anak.

Ujarnya lagi, selepas ini dia perlu berjauhan dengan anaknya lagi malah lebih jauh dan lama berbanding sekarang demi tuntutan kerja.

“Lepas ni ada lagi beberapa kali outstation. Lagi jauh, lagi lama. Tak tahu lah nak bawa balik susu mcm mana utk flight berbelas jam. Semoga cukup lagi bekalan susu dkt rumah bila outstation nanti. Semoga Mama pun kuat!

“Pengalaman kerja diluar sambil pump susu bukan senang. Curi curi masa nk pump. Kadang2 tengok jam sampai terlepas timing, tahu tahu dah 6 jam tak pump lagi! Haa faham tak perasaan itu? Dgn bawa macam macam brg kesana sini, ice packs, cooler bag lagi. Salute sgt mommies yg busy kerja tapi still boleh keep up dgn routine pump! (Sorry sembang mak mak sikit dkt sini.),” luahnya.

Bukan itu sahaja, Mira turut berkongsi sebuah video ketika sedang menjalankan penggambaran dengan mata yang bengkak gara-gara menangis berjauhan dengan anaknya Amir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Meninjau diruangan komen, rata-rata warganet memahami perasaan yang dirasai Mira dan ramai yang memberi kata-kata semangat.

Malah, dilihat pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad turut meninggalkan komen dengan meminta tips daripada Mira Filzah.

     

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Apr 2020
Featured Thu, 4 Jun 2026

Jual Tiket Konsert BTS Di Paris, Netizen Dakwa Ernie Zakri ‘Hamil’? Ini Jawapan Empunya Badan

Tindakan Ernie Zakri yang mahu menjual dua tiket VIP kumpulan K-Pop popular Korea Selatan, BTS  di Paris menyorot perhatian ramai.

Hiburan Wed, 16 Aug 2023
Hiburan Thu, 7 Dec 2017

“Pergi Cari Ibu Negara Sendiri Lah”

Isu Baitulmaqdis: “Pergi Cari Ibu Negara Sendiri Lah” kata Faizal Tahir Sambil Tag Trump & Netanyahu

Featured Thu, 26 Feb 2026

“Kita Tidur Bersama Dan Ini Pelukan Terakhir Untukmu” – Muat Naik Foto Bersama Arwah Andre Mikhail, Amyza Aznan Undang Sebak

Pelakon dan pelawak, Amyza Aznan mengundang sebak apabila berkongsi foto memperlihatkan dia memeluk jenazah anaknya, Allahyarham Andre Mikhail yang menghembuskan nafas terkahirnya pada Isnin lalu.

Trending Fri, 13 Nov 2020
Hiburan Thu, 20 Mar 2025
error: Content is protected !!