Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain November 24, 2022 @ 4:09pm

Peluk Cium Kanak-Kanak Di Hospital, Gelagat Raja Permaisuri Agong Raih Tumpuan Warganet

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi meraih perhatian warganet selepas melihat gelagatnya yang sedang beramah mesra beberapa orang kanak-kanak ketika membuat kunjungan di sebuah hospital, baru-baru ini.

Terkenal dengan sikapnya yang peramah dan sering menyantuni rakyat, video yang tular menerusi platform TikTok itu juga menyaksikan Permaisuri Agong memeluk dan mencium dua orang kanak-kanak yang teruja bertemu dengannya.

Malah, momen tersebut juga telah dikongsikan oleh ibu kepada kanak-kanak lelaki yang bernama Adib Amsyar menerusi sebuah hantaran di TikTok.

“Best moment dan rezeki Adib Amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Daulat TuanKu,” tulisnya.

@adib_amsyar21 22.11.22 | Tuesday – Best moment & rezeki adib amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Daulat TuanKu #fyp #budakgemoyyy🖤 #kesayangan #daulattuan #tengkupermaisuri #istananegara ♬ Fall In Love Alone – Sped Up Version – Stacey Ryan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa terharu dan cemburu melihat si kecil itu disantuni Permaisuri Agong.

“Adik ni bila besar aku dulu masa kecik permaisuri peluk aku tau.

“Ya Allah, Daulat Tuanku berjiwa rakyat. Tak kisah pun dia cium anak rakyatnya.

“Bertuahnya awak dik.

“Semoga Allah Berkati dan diberikan kesihatan yang baik untuk Permaisuri Agong kita dan seluruh Raja-raja kita… Aamiin,” komen warganet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 11 Jul 2020
Featured Sat, 29 Oct 2022

Jaga Hati Isteri, Aksi Teuku Ryan Pegang Tangan Ria Ricis Raih Perhatian

Pelakon dan YouTuber Indonesia, Ria Ricis tular di media sosial kerana menerima layanan sangat baik suami, Teuku Ryan. Ryan yang memegang tangan Ricis semasa seorang pekerja butik yang tiba-tiba datang mendekati mereka untuk membetulkan cara […]

Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Trending Sun, 18 Feb 2018

ITALIAN TOWN SELLS HOUSES FOR RM4 TO PREVENT POPULATION PLUMMET

There are 200 houses for sale at only RM4 each!

Hiburan Fri, 16 Jun 2023
error: Content is protected !!