Euforia Bola 2026
Filem By: Padin May 20, 2026 @ 3:26pm

Remy Ishak Lebih Peka Soal Kesihatan – “Kalau Tiba-Tiba Jatuh Sakit, Siapa Nak Jaga Keluarga?”

Pelakon Datuk Remy Ishak mengakui faktor usia membuatkan dirinya kini lebih peka terhadap soal kesihatan dan gaya hidup selepas pernah mengalami masalah akibat kurang rehat serta terlalu memaksa diri bekerja.

Menurut hero filem Khadam ini, keadaan yang pernah dikongsikan sebelum ini bukanlah sesuatu yang serius, sebaliknya berlaku kerana tubuhnya terlalu penat selain tidak mendapat rehat mencukupi ketika menjalani rutin harian yang padat.

“Sebenarnya tak ada apa-apa yang serius pun. Saya sihat saja Alhamdulillah. Kalau buat filem aksi, kecederaan kecil itu normal bagi saya. Hari itu saja saya kongsi sikit sebab dah lama orang tak dengar cerita pasal saya,” katanya sambil berseloroh.

Mengulas lanjut, pelakon berusia 44 tahun itu mengakui perubahan usia membuatkan dirinya mula sedar tubuh badan tidak lagi sekuat ketika zaman muda.

“Bila dah masuk umur 40-an, kita mula fikir macam-macam. Dulu masa umur 20-an atau awal 30-an, kita rasa badan kuat dan boleh buat apa saja.

“Tetapi bila dah ada isteri dan anak, kita mula fikir soal tanggungjawab dan masa depan. Kalau tiba-tiba jatuh sakit, siapa nak jaga keluarga? Itu yang buat saya lebih berhati-hati sekarang,” katanya.

Tambah Remy, pengalaman itu turut membuatkan dirinya lebih disiplin dalam menjaga kesihatan termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala setiap tiga bulan.

“Saya memang jaga kesihatan sekarang. Buat pemeriksaan berkala, berjoging, bersenam dan cuba amalkan gaya hidup sihat.

“Saya pergi gim pun bukan sebab nak bina badan macam dulu. Sekarang lebih kepada nak kekalkan stamina dan kesihatan saja. Dah bukan fasa nak tunjuk badan macam zaman muda dulu,” katanya sambil ketawa.

Dalam pada itu, Remy turut mengakui dia kini lebih menjaga aspek pemakanan termasuk mengawal pengambilan gula serta mengamalkan diet seimbang.

“Sekarang saya lebih jaga pemakanan. Gula memang saya kawal. Saya ikut konsep pemakanan seimbang macam yang kita belajar di sekolah dulu, ada sayur, karbohidrat dan zat yang cukup,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya seni pula, Remy berkata dia memilih untuk memperlahankan sedikit jadual kerja tahun ini selepas beberapa projek lakonannya bakal ditayangkan tidak lama lagi.

“Sebenarnya banyak projek lama yang baru nak keluar tahun ini. Sebelum ini ada filem Mikael Pemburu 2 Alam, Khadam, Takluk, Cekau dan juga Hajar Ali.

“Jadi tahun ini saya lebih banyak buat promosi saja dulu. Selepas ini saya mungkin berehat sekejap sebelum fikir tentang projek baharu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Antara projek yang paling dinantikan ialah filem seram thriller Khadam arahan Shamyl Othman yang bakal menemui penonton bermula 11 Jun depan.

Dalam filem itu, Remy memegang watak Awang dan bergandingan bersama pelakon Indonesia, Aghniny Haque yang membawa karakter Melor. Turut membintangi filem berkenaan ialah Siti Khadijah Halim, Zarra Zhaff, Karl’ El dan Jun Lojong.

Khadam mengangkat kisah Melor yang mewarisi saka keluarganya selepas kematian ibu. Gangguan tersebut kemudian menjelma sebagai versi ‘sempurna’ dirinya sebelum perlahan-lahan mengambil alih kehidupan sebagai isteri dan ibu terbaik.

Filem ini tampil dengan elemen seram psikologi yang mengetengahkan konsep saka atau khadam yang diwarisi dalam keturunan, selain menggabungkan unsur emosi, keluarga dan misteri dalam penceritaannya.

Diterbitkan oleh Red Communications dan Komet Productions bersama beberapa rakan strategik antarabangsa termasuk Magma Entertainment, VMS Studios, Sil Metropole, Applause Entertainment, Primeworks Studios serta Golden Screen Cinemas, filem itu turut mendapat sokongan FINAS.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 25 Jul 2018
Hiburan Thu, 17 May 2018

G-Dragon Needs Surgery on His Ankle!

He is currently hospitalised in Seoul.

Featured Sat, 29 Mar 2025

“Pergi Isi Minyak, Saya Diludah & Dimaki” – Peminat ‘Marah’ Fazlina Ahmad Daud Gara-Gara….

Katanya menerusi temu bual podcast, Isi Minyak Dulu, karakter Halijah ternyata memberikan impak yang besar terhadap dirinya.

Events Wed, 31 Aug 2022

Terpaling Juara: Di Pintu Syurga Didakwa Sumbang, Netizen Syak Air Mata Gimik Murahan.. Ini Penjelasan Ifa Raziah!

Bak kata Kak Ifa, bila ingat ibu bapa automatik akan mengalirkan air mata😭😭😭

Featured Mon, 13 Feb 2023

Zara Zya Mengaku ‘Cucuk’ Muka & Bibir Bersebab…

Wow! cucuk tang sana, cucuk tang sini…

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Filem Wed, 12 Feb 2020

「玩嘢兄弟团」大闹拍摄现场!有人拼命有人乱

「玩嘢兄弟团」大闹拍摄现场,游戏过程有人拼命有人乱,让现场的观众笑破肚皮!

error: Content is protected !!