Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 8, 2020 @ 9:19pm

“Ramai Pula Artis Sama Naik Melawan Saya…” – Lebih 1.2 Juta Tontonan, Kak Lina Pom Pom Buat Hal Dengan 4 Dara!

Selebriti serba boleh, Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan nama Kak Lina Pom Pom sekali lagi mencuri perhatian peminat.


Mendendangkan lagu 4 Dara dengan cara tersendiri, Elly memuat naik video nyanyian terbabit di laman Instagram miliknya.

Mencetuskan cabaran 4 Dara, Elly mengajak peminat untuk meniru aksi gila-gilanya menyanyikan lagu terbabit.

Ha masuk!

Menariknya, cabaran terbabit disahut oleh ramai artis popular seperti Faizal  Tahir, Datuk Aznil Nawawi, Shiha Zikir, Nourul Depp, Datuk Fizz Fairuz, Achey, Nabil dan banyak lagi.

Tak sangka orang suka!

Ketika dihubungi oleh xtra, Elly terkejut dan tak sangka video nyanyiannya mendapat respon yang menggalakkan.


“Saya tak sangka ia jadi fenomena seperti ini. Belum sampai dua hari, video terbabit meraih sejuta tontonan dan responnya pula sangat positif, melebihi 10,000 komen peminat.


“Saya nak berterima kasih kepada peminat yang beri maklum balas baik. Niat saya cuma satu, saya nak buat orang buat orang gembira.


“Tak sangka ia mendapat perhatian sampai macam tu sekali… Bukan sahaja netizen, ramai juga rakan-rakan artis yang sama-sama naik, melawan saya!” seloroh Elly.


Tambah pelantun lagu Bungaku Bakawali ini, dia terharu dan gembira bila dapat buat orang lain ketawa.


“Perkara terbabit dah jadi ‘happy pill’ saya. Bila orang lain gembira, saya turut tumpang gembira. 


“Itu yang buat saya lebih sayang dengan peminat, bila mereka ‘kuat melawan’ macam ni, ia seakan memberikan saya suntikan untuk memberikan yang terbaik dalam kerja saya di masa akan datang,” katanya lagi.

Sebelum ini, lagu 4 Dara dinyanyikan oleh watak Mona dan Dona yang dilakonkan oleh Elly dan Adibah Noor dalam drama komedi Kampung People 2.


Jangan lupa saksikan Kampung People 2 setiap Rabu dan Jumaat, jam 9 malam hanya di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Oct 2020
Events Fri, 15 Aug 2025
Featured Fri, 16 Aug 2024
Featured Fri, 20 Jun 2025

Dakwaan Enot Kahwin P*ngkid, Individu Dikenali Sebagai Zack Tampil Respons – “Tolong Bawa Tok Kadi Datang Jumpa Saya”

Kata Zack, tuduhan yang masyarakat terhadap dirinya dan Enot adalah fitnah semata-mata.

Featured Fri, 14 Mar 2025

Mr. E Kongsi Kisah Bersama Erra Fazira, Ucapan Istimewa Curi Perhatian – “Dia Matang, Elegan & Bijak”

Mr. E tampil memberikan respons mengenai sesi siaran langsung yang dibuat bersama Erra sebelum ini.

Trending Tue, 9 Oct 2018

Ciri Birit Dan Muntah Lepas Makan, Laksa ‘Ragut’ Dua Nyawa

Tujuh kes lagi dari sebuah keluarga di rumah sama dengan simptom demam, cirit birit muntah di mana laksa dimakan pada 9.30 malam pada 4 Oktober lalu.

Featured Thu, 14 Aug 2025
Hiburan Thu, 1 Aug 2024
error: Content is protected !!