Euforia Bola 2026
Sponsored By: Nabihah August 16, 2024 @ 3:00pm

Siri HONOR 200, Telefon Pintar Dengan Ciri Magic AI Terbaharu

Sekarang ni tengah kecoh tentang telefon pintar flagship kelas pertengahan fotografi potret premium. Telefon pintar yang mana lagi, mestilah Siri HONOR 200!

Lebih mengujakan, Siri HONOR 200 ini juga telah menerima kemaskini Magic AI terbaharu beserta keupayaan Bokeh Adjustment, Group Photo Enhance dan Fungsi AI Eraser. Fuyoo!

Jom kami terangkan dengan lebih lanjut..

Ciri Bokeh Adjustment seperti sistem kamera profesional!

Kalau korang nak tahu, Bokeh Adjustment ni merupakan ciri baharu yang tersedia pada HONOR 200 Pro dan HONOR 200 yang membolehkan pengguna memasukkan efek kabur dalam gambar secara kreatif dengan menyelaras fokus dan apertur.

Lebih menarik, ia juga memberikan fleksibiliti yang lebih baik bagi pengguna untuk mencipta hasil penggambaran yang kreatif dengan menumpukan kepada bahagian tertentu sesebuah gambar yang diambil secara khusus.

Ambil ‘wefie’ lebih mudah dengan ciri Group Photo Enhance!

Pernah tak korang ada masalah nak tangkap group photo? Gambar tak cun lah, tak centre lah, mata tertutup lah. Boleh stress dibuatnya!

Haa.. dengan ciri AI Group Photo Enhance yang ada pada ciri HONOR 200 ni, korang dah tak ada semua masalah ni. Ciri ini menyokong pengayaan ketelitian potret, membetulkan mata tertutup dan raut wajah tidak seimbang untuk menghasilkan gambar secara berkumpulan yang sempurna tanpa perlu ambil gambar berulang kali.

Contohnya, kalau tengah ambil gambar ‘wefie’ dan korang terpejam mata, teknologi Multi Frame Synthesis akan membetulkan mata tersebut secara pintar agar semua orang di dalam gambar tersebut kelihatan sempurna.

Tapi fungsi ini hanya tersedia pada kamera belakang dan ianya dicipta khas bagi gambar secara berkumpulan untuk dua hingga 50 orang. Bestnya boleh  ambil ‘wefie’ ramai-ramai!

Buang objek yang tak diingini dengan AI Eraser

Kadang-kadang bila dah ambil gambar tiba-tiba terperasan ada objek yang tak diingini termasuk dalam latar belakang gambar korang seperti kenderaan, orang dan banyak lagi.

Jangan delete dulu gambar tu kerana Siri HONOR 200 ni dilengkapi dengan fungsi AI Eraser baharu yang akan dikemas kinikan pada pertengahan September 2024.

Ciri ini berupaya untuk membuang objek yang tak dikehendaki pada gambar secara manual atau automatik bagi menghasilkan gambar yang bersih dan kelihatan profesional.

Korang tengoklah kehebatan Ai Eraser pada #HONOR200 masa malam #TikTokAwardsMY2024 hari tu!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Fotografi potret tahap studio!

Yang ini memang ciri yang min sangat teruja nak bagitahu!

Untuk pengetahuan korang, Siri HONOR 200 ini juga dikuasakan dengan AI Portrait Engine baharu yang dibangunkan dengan kolaborasi bersama Studio Harcourt dari Paris untuk mengambil fotografi potret bertaraf studio dalam bentuk telefon pintar mudah alih yang kompak.

Siri ini menampilkan Kamera Utama 50MP dengan model Pro menggunakan Kamera Utama H9000 1/1.3 inci, manakala Standard menggunakan sensor Sony IMX906. Kamera Telefoto 50MP pula menggunakan sensor Sony IMX856 dan sistem anti-goyang Dual OIS (OIS+EIS) untuk gambar serta video yang lebih stabil.

Dalam memastikan prestasi yang mantap dan bernilai, Siri HONOR 200 menggunakan paparan AMOLED 120Hz terkini yang mempunyai pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free Display Certification dan pensijilan TÜV Rheinland Full Care Display Certification.

Bagi prestasi lebih lancar, Pro menggunakan prosesor mudah alih Qualcomm Snapdragon 8s Gen3 dan cip HONOR C1+RF dipertingkatkan, manakala bagi model HONOR 200 menampilkan prosesor mudah alih Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3.

Siri HONOR 200 ini juga dikuasakan oleh bateri berkapasiti besar 5,200mAh dengan teknologi pengecasan berwayar 100W Wired HONOR SuperCharge, manakala model Pro didatangkan dengan pengecasan tanpa wayar 66W Wireless HONOR SuperCharge Wireless.

Fuh, memang mantap betul lah Siri HONOR 200 ni, memang telefon pintar yang sangat unik, canggih dan berbaloi untuk dimiliki.

Jadi, apa korang tunggu lagi, jom dapatkan Siri HONOR 200 hari ini juga.

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200, ikuti akaun Facebook rasmi atau kunjungi laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 25 Sep 2021

Tarikh Bayaran i-Citra Bermula 1 Oktober, Semak Status Lulus

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan tarikh bayaran i-Citra bulan Oktober menerusi laman Facebook rasmi. Pembayaran akan mula dibuat bermula mulai 1 Oktober dengan kadar maksimum RM1000 sebulan selama 5 bulan7 (bergantung kepada […]

Trending Wed, 28 Mar 2018

Kerana ‘Accept Friend Request’ Terus Cinta Berputik

Tak disangka hanya dengan accept friend request, cinta terus berputik

Trending Mon, 21 Jan 2019

走路速度越快「越不快乐」从小地方看你的人生愉悦指数

现代城市步调紧凑,步伐似乎也因为压力与时间压缩而变得急促!其实走路与个性有相当大的关联,从走路的方式,多少也能反映出一个人的特质……

Trending Fri, 20 Apr 2018

Bawang Punya Pasal, Lelaki Dipenjara Tiga Hari

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Rahaman Sukuler, 28, yang juga warganegara India selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Hiburan Mon, 20 Nov 2023

[VIDEO] Maria Farida Bukan Punca Pergaduhan Dengan Ibu, Anak Nourul Depp Jelaskan Isu Sebenar

Ayu dengan ibunya pun dah berbaik.. Korang doakan yang baik-baik ok!

Trending Mon, 9 Jul 2018

Kuala Lumpur’s Homeless People Receive New Life by Becoming Tour Guides

It’s a good opportunity to reduce the amount of homeless people living on the streets.

Featured Wed, 10 Nov 2021

Video Nyanyian Lagu Easy On Me Aina Abdul Tarik Perhatian Adele

Penyanyi Aina Abdul bersyukur dapat menarik perhatian penyanyi terkemuka Adele walaupun video nyanyian lagu Easy On Me hanya dipaparkan dalam tempoh 24 jam di Instagram Story. Memetik laporan Berita Harian, Aina telah berkongsi video nyanyian […]

error: Content is protected !!