Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 12, 2025 @ 9:43am

Dengan Hanya Sekali Lafaz, Erra Fazira Selamat Bergelar Isteri Mr. E… Terima Sepokok Bunga Emas 102 Gram Sebagai Mas Kahwin

Tampil anggun dan jelita dengan busana berona biru lembut rekaan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini, pelakon popular, Erra Fazira akhirnya selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr E pada pagi Jumaat.

Majlis yang berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor itu berjalan dengan lancar dan cukup intimate dengan dihadiri oleh kedua belah pihak keluarga termasuklah rakan-rakan terdekat pasangan tersebut.

Mengambil berkah pagi Jumaat, pasangan ini selamat disatukan dengan hanya sekali lafaz disaksikan 300 tetamu yang hadir yang kesemuanya mengenakan tema berona putih.

Erra atau nama lengkapnya, Fazira Wan Chek, 51, sah menjadi isteri kepada Ezwan tepat jam 9.19 pagi.

Pasangan sama cantik, sama padan itu  dinikahkan oleh jurunikah oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Bin Noordin.

Simbolik perkahwinan kali ini, hantaran disatukan di dalam talam dan ditandu masuk ke perkarangan pentas.

Difahamkan, antara barangan tersebut adalah, sepersalinan emas, beg tangan dan jam tangan.

Pada majlis pernikahan itu, Erra telah menerima mas kahwin berupa, sepokok bunga emas seberat 102 gram bersamaan 24 dinar.

Imbas kembali, Erra sebelum ini mengaku sedang mengenal hati budi Mr. E dan meminta semua pihak memberi ruang terhadap hubungan mereka.

Malah, primadona filem Melayu itu juga dilihat semakin terbuka memaparkan keserasian mereka di media sosial.

Difahamkan, pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak Ogos tahun lalu.

Terdahulu, Erra pernah bergelar isteri kepada penyanyi, Datuk Yusry namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.

Erra kemudian kembali berumah tangga dengan Engku Imran pada 2007 dan memiliki cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya.

Mereka bagaimanapun berpisah pada Februari 2014.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 May 2025
Hiburan Fri, 10 May 2019

「大马好女声」林文荪608办售票音乐会

「大马好女声」林文荪608首场个人售票音乐会!明早10时开始售票~

Featured Fri, 12 Aug 2022

“Wallahi Benci! Satu-Satu Bala Kau Jemput” – Rozita Ibrahim Selar MV L*cah Aliff Syukri

Asyik-asyik nak kena bebel dengan bonda tau Datuk Aliff ni…

Hiburan Sun, 7 May 2023

Azmi Saat Dan One Path Bekerjasama Lancarkan Lagu Bertemakan Perjuangan

Wah lain betul penyampaian lagu ni memang terbaik

Featured Mon, 19 May 2025
Hiburan Thu, 12 Feb 2026

“Hari Ini Berakhirnya Idah Saya…” – 13 Tahun Bersama, Sharifah Aleya Umum Sah Bercerai

Sharifah Aleya tidak memperincikan punca perpisahan mereka dan memilih untuk tidak membuka ruang kepada spekulasi.

error: Content is protected !!