Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 31, 2022 @ 2:23pm

Terpaling Juara: Di Pintu Syurga Didakwa Sumbang, Netizen Syak Air Mata Gimik Murahan.. Ini Penjelasan Ifa Raziah!

Persembahan konsert Terpaling Juara pada minggu lepas ternyata mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ini termasuklah, persembahan yang ditunjukkan oleh penyanyi dangdut kontroversi, Ifa Raziah yang membawakan lagu Di Pintu Syurga nyanyian asal, Dayang Nurfaizah.

Persembahan nyanyian bergenre R&B itu ternyata memberi emosi buat penyanyi berusia 47 tahun ini apabila dia dilihat sebak ketika membawakan lagu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

 

Bagaimanapun, nyanyian tersebut tular diaplikasi  TikTok apabila ada segelintir warganet yang menyifatkan nyanyian Ifa sangat teruk dan menakutkan.

Bahkan, ada yang turut mempersoalkan kredibiliti nyanyian beliau yang dikatakan sudah lama berada dalam industri seni namun vokalnya ‘biasa-biasa’ sahaja.

 

Tidak melenting dengan kata-kata kecaman yang dilemparkan, Ifa Raziah bagaimanapun tampil memberikan respons terhadap pandangan yang diberikan netizen.

“Orang ramai di luar sana tidak begitu faham. Saya sendiri yang teras, bukan harini sahaja, tanyalah krew di mana diorang interview kak Ifa kat studio pun, masa rehearsal sampailah hari membuat persembahan memang Kak Ifa mengalir air mata je. Itu yang orang lain nampak.

“Untuk kak Ifa nak menyampaikan lagu ni dengan kak Ifa nak menahan emosi kak Ifa, Alhamdulillah… Kak Ifa boleh capai note yang betul dan ia bukan dibuat-buat atau gimik.

“Kalau nak tahu, Kak Ifa ni orangnya susah nak nangis. Kak Ifa ni orangnya kental. Tapi bila menyentuh pasal ibu bapa ni, itu memang satu kelemahan. Ye lah bila kita ingat kat mak bapak kita, itu memang satu kelemahan dan Kak Ifa tak boleh nak tahan. Dan, memang air mata tu akan terjurai-jurai macam tu je,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Dec 2023

“Abang, Maafkan Saya” – Tak Mampu Sumbang Lebih Banyak Dana Buat Allahyarham Ibnor Riza, Aznil Nawawi Rasa Bersalah

Pak Nil dah bantu sebaik mungkin, Allah lebih sayangkan arwah abang Ibnor Riza❤️ Al-Fatihah.

Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Lega! Semua Dah Berakhir

Saya menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap ‘aku janji’ dari pihak dia yang telah difailkan di mahkamah akan menjadi noktah buat semua.

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Che Ta Tak Nak Kongsi Zain!

Apa cerita pulak ni?

Featured Thu, 16 Mar 2023

Terlalu Berisiko! Madammu Reda Terpaksa Jalani Proses Bersalin Czer – “Tak Ada Rezeki  Nak Bersalin Normal”

Takpelah Madammu, yang penting mommy dan baby sihat dan selamat.💜💜💜

Hiburan Fri, 25 Jul 2025
Featured Tue, 22 Aug 2023
error: Content is protected !!