Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 24, 2024 @ 4:00pm

Kongsi Video Berdua, Netizen Usik Puteri Sarah & Andi Arsyil – “Kalau Korang Kahwin Memang Sweet”

Walaupun sudah agak lama cerita mengenai dua artis ini tidak menjadi bahan bualan netizen, namun perkongsian video yang dimuat naik menerusi Instagram pelakon Puteri Sarah Liyana pada Khamis ternyata mencuri perhatian.

Menerusi hantaran tersebut, Puteri Sarah dan Andi Arsyil kelihatan terlibat dalam satu permainan yang dipanggil Question And Answer.

Dan, ketika ditanya bilakah kedua-duanya berkenalan, Sarah bagaimanapun enggan mendedahkan secara lanjut, namun menjawab bahawa dia berkenalan dengan Andi kerana kedua-duanya meminati penjagaan kulit (skincare).

“Rahsia! Sebab kita sama-sama minat skincare,” kata Sarah ringkas.

Lebih mencuri perhatian, apabila kedua-duanya ditanya sama ada mempunyai hubungan serius atau sebaliknya memandangkan aktor dan aktres ini kelihatan mesra antara satu sama lain.

Terkejut dengan pertanyaan yang diajukan, Andi bagaimanapun menjawab soalan tersebut secara berseloroh bahawa hubungan mereka ‘sweet’ dek kerana ditambah gula.

“Tambah gula… Kan kalau tambah gula sweet kan dia.

“Kita pun tak tahu ada apa… Ya kan Sarah? Tambah gula,” jawabnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah kedua-duanya mmepunyai  perancangan untuk berlakon bersama, Andi bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perkara itu bakal berlaku.

“Maybe yes, maybe no. Saya jadi sutradara saja macam mana?,” ulasnya.

 

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata pengikut Sarah terhibur melihat kemesraan yang ditunjukkan aktres itu setiap kali bersama Andi.

Justeru, ramai yang menyokong jika kedua-duanya mempunyai hubungan istimewa.

“Suka sangat dengan kalian berdua tau….apapun sis sokong kalian berdua.

“kalau kau orang dua kahwin memang sweet. So approved!

“Sweet tambah gula. Akak nak berrytox tu Sarah dan Andi.

“Suka Sarah sekarang lagi ceria, bahagia dan glowing.

“Cocok banget. Semoga dia lah yang Allah kirim untuk menjadi imam kamu.

“Sekarang ni ada dua pasangan kami tunggu naik pelamin, Kim Ji Won dan  Kim Soo Hyun,  Puteri Sarah dan Andi.

“Masya-Allah sweet dan comel nya mereka berdua ni.. semoga Allah permudahkan segala urusan mereka berdua,” komen netizen.

Terdahulu, hubungan kedua-dua pasangan ini mula menjadi perhatian apabila Sarah dan Andi kelihatan sering ‘kantoi’ dengan panggilan-panggilan mesra  setiap kali sesi live berlangsung.

Bagaimanapun, tidak mahu peminat terus berteka-teki mengenai status hubungan mereka, Sarah menjelaskan bahawa dia dan Andi hanyalah rakan kongsi sahaja, selain kerap bertemu secara profesional untuk tawaran perniagaan di Malaysia.

Artikel Berkaitan:”Kami Selesa Dengan Satu Sama Lain, Sebab Tu Kami Tak Sembunyikan Apa-Apa Kepada Umum” – Puteri Sarah 

Artikel Berkaitan:Sweet! Tular Video Andi Arsyil Tersipu Malu ‘Wish’ Birthday Puteri Sarah

Artikel Berkaitan:”Takkan Saya Letak Kepala Di Bahu Lelaki Bukan Mahram” – Puteri Sarah Perjelas Isu Video Menangis Tular

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 27 Oct 2018

“Sampai Korea Pukul 8 Pagi, 4.30 Petang Kena Hantar Balik Malaysia,”

“Sampai Korea Pukul 8 Pagi, 4.30 Petang Kena Hantar Balik Malaysia,” Lelaki Kongsi Pengalaman Trauma Melancong Sebab 1 Kesilapan

Hiburan Wed, 16 May 2018

Syed Saddiq Tak Sabar Nak Mula Kerja

Saya tidak sabar untuk berdebat dengan dua pemimpin Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila sidang Parlimen.

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Asyik Kena Kecam, Haqiem Rusli Tak Kisah Dah

Namun begitu, penyanyi Tergantung Sepi ini sedikit hairan tentang cara layanan peminat di media sosial dan sewaktu di luar.

Featured Sat, 23 Aug 2025
error: Content is protected !!