Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 16, 2018 @ 2:25am

Syed Saddiq Tak Sabar Nak Mula Kerja

Kemunculan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sentiasa dinanti ramai. Pendek kata, beliau antara belia paling popular ketika ini! 

Khabar terbaru, beliau dilaporkan sudah tidak sabar memulakan kerja secepat mungkin.

“ Saya tidak sabar untuk berdebat dengan dua pemimpin Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila sidang Parlimen,” katanya kepada salah sebuah portal tempatan.

Dalam masa sama, beliau juga memberitahu sudah tidak sabar bekerjasama dengan mereka.

“Contoh macam KJ (Khairy), program-program yang telah dilaksanakan seperti Fit Malaysia sangat baik dan perlu diteruskan. Kalau ada idea yang baik, beliau boleh bangkitkan di Parlimen,” katanya.

Mengulas mengenai kemenangannya dalam PRU14 walaupun dipandang sebelah mata pihak lawan, Syed Saddiq berkata, ia merupakan kejayaan untuk anak muda.

“Tetapi kemenangan ini menunjukkan anak muda mampu kalau diberi peluang. Saya harap ini isyarat jelas kepada kerajaan dan juga pembangkang yang baru untuk beri lebih banyak peluang kepada kami,” katanya.

Ahli Parlimen berusia 25 tahun ini juga bersedia memberikan sumbangan untuk menggalakkan lebih ramai anak muda berpolitik. Tahniah YB, semoga terus cemerlang! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Mira Filzah Mengaku Dah Bosan Dengan…

Sedia keluar dari zon selesa.

Hiburan Wed, 19 Dec 2018
Hiburan Tue, 28 Jan 2020
Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Suami Bella Dally Diserang Virus Influenza

Suhu badannya juga agak tinggi dan perlu pemerhatian doktor sehingga pulih.

Kes Mahkamah Thu, 16 Nov 2023

33 Tahun Jalani Hukuman Penjara, Pembunuh Along Spoon Dibebaskan Hari Ini

Tolak cuti dan lain-lain, dia dah serve 33 tahun – Peguam Mohd Ya’acob

LIFESTYLE Wed, 17 Oct 2018

New Logo for Visit Sarawak Year Unveiled

2019 is THE year to visit Sarawak!

Hiburan Thu, 8 Aug 2024
error: Content is protected !!