Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 14, 2024 @ 3:37pm

“Tak Perlu Nak Sindir, Mengata Buruk Orang” – Uyaina Arshad 

“Lebih baik fokus kepada perkembangan diri,” demikian kenyataan pengacara, Uyaina Arshad yang tidak bersetuju terhadap cara sindir menyindir ketika mengacara sebuah program.

Ketika ditemui XTRA, Uyaina atau nama lengkapnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad berpendapat bahawa tindakan tersebut tidak wajar untuk dipraktikkan dalam mana-mana bidang, bukan teguran kepada pengacara semata.

“Saya bercakap tidak merujuk satu pihak sebaliknya harap perkara ini dipraktikkan di mana-mana, bukan dalam pengacaraan saja. Tak perlu menyindir atau mengata buruk orang lain.

“Bagi saya, lebih baik berikan fokus kepada perkembangan diri, kemahiran dan apa yang boleh sampaikan kepada orang,” katanya ketika ditemui pada sesi sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 di Auditorium MBSA, Shah Alam, Jumaat lalu.

Berjaya merangkul gelaran Pengacara Paling Popular ABPBH 36, Uyaina berpendapat bahawa kejayaannya itu membuktikan pengacara yang tidak lahir daripada dunia hiburan mampu untuk mengenggam trofi anugerah berprestij itu.

“Selama ini saya akui sangat susah untuk menempa nama tapi semua itu tidak mustahil. Saya harap kepada rakan-rakan pengacara lain yang munfkin berasa program berbentuk majalah, informatif atau bual bicara tidak ada peluang untuk diterima atau tempat di hati masyarakt, hari ini adalah buktinya.

“Jangan patah semangat sebaliknya kekal dengan identiti kita. Saya mengaku teringin untuk mengacarakan program hiburan selepas ini walaupun pernah beberapa kali ditawarkan, tapi saya lihat tawaran itu lebih banyak di Indonesia.

“Jadi saya harap dengan kejayaan ini saya dapat lebih banyak peluang itu di Malaysia dengan mengekalkan identiti saya supaya bidang pengacaraan ini terus dihormati,” tuturnya.

Uyaina Arshad

Imbas kembali, kerjaya Uyaina dalam bidang pengacaraan bermula selepas menyertai program Pencarian Nona Manis 2015 TV3.

Sekitar tahun 2018, isteri kepada pelakon Raja Syahiran mula mengendalikan program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) hingga sekarang.

Artikel Berkaitan: Nafi Sengaja Lakukan Serangan Peribadi, Uyaina Arshad Tidak Mahu Berdiam Diri – “Jangan Sentuh Keluarga Saya”

Artikel Berkaitan: Individu Minta Nikmati Juadah Sebelum Dijamu Makanan ‘Lokap’, Uyaina Arshad Bersuara – “Kes Saman Malu Tak Masuk Penjara, Bayar Ganti Rugi Saja”

Artikel Berkaitan: “Nak Kata Saya Terpaling Tahu, Terpulang! Kecaman, Makian, Kutukan Saya Terima… Kita Cuma Perlu Otak” – Uyaina Arshad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 Oct 2023
Featured Sat, 28 Jun 2025

“Ini Bukan Beban, Tapi Bimbingan”- Syed Saddiq

Syed Saddiq mohon diberikan ruang dan masa untuk bersama keluarganya.

Featured Mon, 8 Sep 2025
Trending Wed, 18 Jul 2018

Catwalk Sambil Menyusukan Bayi. Hebat Mara Martin!

Mara Martin menyusu dan mengendong anaknya, Aria ketika pertunjukan baju renang tahunan, Sports Illustrated.

Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Masih Dalam Pantang, Suami Madammu Hadiahkan Kereta Mewah!

Wahh bestnya! Alhamdulillah congrats Madammu

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Putus Tunang, Mariah Carey Jual Cincin Harga RM 8.4 Juta

pihak pengurusan Mariah menepis dakwaan tindakan penyanyi berusia 48 tahun kerana mengalami masalah kewangan.

Hiburan Sun, 16 Apr 2023
Hiburan Mon, 1 Sep 2025
error: Content is protected !!