Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari May 6, 2024 @ 6:22pm

Syasya Bakal Sambung Belajar Di Luar Negara, Rozie Othman Syukur Doa Di Tanah Suci Jadi Nyata – “Walaupun Ada Rasa Kecewa Sebab…”

Nenek kepada Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman akui berasa kecewa dengan keputusan cucunya itu untuk keluar daripada kumpulan Dolla di saat namanya sedang melonjak naik.

Artikel Berkaitan: Lerai Spekulasi, Syasya Dolla Sah Nikah… Perkahwinan Antara Faktor Utama Undur Diri Daripada Kumpulan

Artikel Berkaitan: Individu ‘Bitter’ Syasya Rizal Buat Keputusan Untuk Kahwin & Tinggalkan Dolla – “Hope It’s Worth It Choosing A Guy Over Fans”

Memetik temu bual Melodi TV3, Rozie dan ahli keluarga lain terpaksa berlapang dada dengan keputusan Syasya tersebut dan berkahwin.

“Walaupun mummy ada rasa kecewa sebab nama awak tengah naik dan awak buat keputusan untuk berkahwin. Mummy dan semua keluarga terpaksa berlapang dada. Apa-apa keputusan pun… insyaAllah mana tahu satu hari nanti awak nak ‘comeback’,” katanya.

Dalam pada itu, Rozie berkongsi bahawa dia ada berdoa untuk Syasya menukar penampilannya kepada lebih sopan ketika di Tanah Suci.

Susulan itu, dia menyatakan doanya dikabulkan di mana Syasya kini telah bertudung.

“Masa kejadian dia nak nikah tu, saya sebulan dekat Tanah Suci di bulan Ramadan. Saya doa kalau boleh Syasya nak cipta nama, saya minta dia tukar penampilan… taknak lah seksi, biarlah nampak kewanitaan.

“Mungkin Allah kabulkan. Sekarang dia dah berhijab. Dia pun terpaksa keluar daripada syarikat rakaman. Tapi, Syasya masuk dalam Dolla, nama dia meletup dan dia dah jadi artis antarabangsa… saya tak nafikan dia ada suara, dia ada talent untuk menyanyi.

“Tapi, tulah bila dia buat keputusan tarik diri memang kecewalah. Ramai juga kawan-kawan tanya kenapa kenapa… saya tak ada jawapan. Allah dah tentukan untuk dia tidak menyanyi,” jelasnya.

Malah, Rozie juga memaklumkan bahawa Syasya akan berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk melanjutkan pengajian.

Bukan itu sahaja, Rozie juga mendedahkan bahawa cucunya itu terpaksa keluar daripada Dolla mengikut kontrak kerana telah berkahwin.

“Saya mewakili Syasya sebab dia nak kahwin, suami dia nak sambung belajar. Memang dia tak nak keluar daripada Dolla tetapi sebab dah perjanjian sekiranya berkahwin kena tamat kontrak.

“Sebab tu suami dia pun nak pergi sambung belajar, mak dia pun kata dia pun boleh sambung belajar sekali.

“Kepada semua peminat tolonglah doakan yang terbaik untuk Syasya okay. InsyaAllah, mungkin lepas Raya Haji mereka akan bergerak ke luar negara untuk sambung belajar,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: Syasya Akhirnya Tampil Bersuara Mengenai Keputusan Keluar Dolla

Artikel Berkaitan: Dolla Akhirnya Beri Respons Pengunduran Syasya, Pihak Pengurusan Maklum Tak Guna Pakai Kontrak Halang Artis Dibawah Naungan Berkahwin

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 27 Aug 2018

Kenyang Sampai Tertinggal Anak Di Kedai Makan

Disebabkan pelanggan ramai, saya tidak tahu kanak-kanak ini datang daripada pelanggan yang mana, sehinggalah akhirnya dia tertidur sebab keletihan…

Trending Tue, 30 Jan 2024

Fathia Latiff Dedah Punca Dendam Dengan Zahirah Macwilson & Aiman Hakim?

Allahu kalau kena kat diri sendiri pun sedih diperlakukan macam tu..

Trending Fri, 2 Feb 2018

85kg肥妹遭霸凌 减肥患病瘦成「25kg肉干骷髅」

英国沃勒西(Wallasey)23岁汉娜(Hannah Lucas)最胖时期有85公斤,超壮硕的身材、肥滋滋的油肚成为同学之间嘲笑的题材,让她每天备受嘲讽霸凌。在她下定决心减肥,每想到减过头罹患厌食症,体重掉到只剩25公斤,顿时失去生存的意义。

Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Hiburan Thu, 24 Apr 2025

[VIDEO] “Status Saya Sekarang Janda” – Nina Iskandar Sahkan Dah Bercerai Sejak Tahun Lalu

Nina Iskandar dah cerai dengan bekas suaminya sejak tahun lalu, bawa haluan masing-masing pada 2022

Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Chacha Maembong Akui Suka Pakai Seksi Dari Dulu

Kalau takut kena kutuk, tak payah jadi selebriti…betul tak?

error: Content is protected !!