Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 24, 2025 @ 6:02pm

[VIDEO] “Status Saya Sekarang Janda” – Nina Iskandar Sahkan Dah Bercerai Sejak Tahun Lalu

Selepas sekian lama berteka-teki, pelakon Nina Iskandar akhirnya tampil mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas suami, Azlan Adzanan, pada tahun lalu.

Nina, 34, menjelaskan perpisahan mereka berlaku tanpa kehadiran orang ketiga, sebaliknya berpunca daripada ketidaksefahaman yang tidak boleh diselamatkan.

“Ya, saya kini memegang status ibu tunggal. Sampai bila saya harus berdiam diri? Sebelum ini, kes masih dalam proses, jadi saya tak berani berkongsi apa-apa dengan peminat dan rakan media.

“Hari ini, barulah saya berani bersuara. Kami sah bercerai tahun lalu,” katanya.

Menurutnya lagi, mereka sebenarnya sudah lama membawa haluan masing-masing sejak pertengahan 2022, meskipun secara rasmi baru bercerai kemudian.

Apabila ditanya mengapa memilih untuk merahsiakan perkara itu, Nina berkata dia mahu menjaga maruah dan perasaan semua yang terlibat.

“Saya bukan jenis yang suka menguar-uarkan hal rumah tangga. Bagi saya, lebih baik diam dan jaga aib kedua-dua pihak, terutama demi keluarga.

“Sebelum ini pun ada wartawan yang cuba gali cerita sebenar, tapi saya tak boleh dedahkan kerana semuanya masih dalam proses,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Andainya Takdir ini bersyukur kerana anak lelakinya, Aaryan Ar-Rizqin, memahami keadaan yang berlaku walaupun masih kecil.

“Alhamdulillah, walaupun baru lima tahun, Aaryan faham dan tak banyak tanya.

“Saya dan bekas suami sepakat untuk terus bersama dalam membesarkannya. Saya tak mahu dia terputus hubungan dengan ayahnya.

“Mereka masih berhubung melalui video call, dan saya juga pernah bawa dia ke Johor untuk bertemu ayah dan keluarga bekas mentua,” ujarnya.

Untuk rekod, Nina Iskandar telah mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah Azlan Adzanan, yang juga dikenali sebagai Lan Lebah, pada April 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, Nina dan Azlan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Aaryan ar-Rizqin, yang dilahirkan pada 23 Disember 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Dec 2024

“Susah Nak Tunjuk Perangai Buaya Tu, Saya Tak Biasa Flirt Dengan Orang…” – Hisyam Hamid

Hisyam Hamid membawakan watak Datuk Fahad dalam drama bersiri Marina.

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

Semoga Lekas Sembuh…Doakan Shalma Eliana!

Sweet Ismail Izzani, semoga cepat sembuh!

Hiburan Mon, 14 Apr 2025

[VIDEO] Aaisyah Dhia Rana Rajin Kemas Bilik, Anak Che Ta Dipuji

Aaisyah Dhia Rana tak kekoh pegang penyapu dan penyodok

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

JENNIFER LAWRENCE AND DARREN ARONOFSKY SPLIT AFTER A YEAR TOGETHER

Well, it isn’t too surprising for yet another celebrity couple to break up after a certain period of time together. In the land of “Lights, camera, action!”, relationships come and go just like the wind.

Featured Thu, 21 Sep 2023
Featured Thu, 29 Jan 2026

Aktor Popular Berusia 40-an Direman 3 Hari, Bantu Siasatan Kes Dadah

Pelakon lelaki tersebut kini ditahan selama 3 hari sehingga esok.

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

‘Buat Yang Terbaik Ok Atikah…’- Awi Rafael Titip Pesan Buat Bekas Tunang

Semoga Awi dan Atika, semoga kalian terus tabah dengan dugaan kali ini, kita doa yang baik-baik buat mereka.

error: Content is protected !!