Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 9, 2024 @ 8:28pm

“Susah Nak Tunjuk Perangai Buaya Tu, Saya Tak Biasa Flirt Dengan Orang…” – Hisyam Hamid

Pelakon berbakat, Hisyam Hamid mendedahkan cabaran ketika menjayakan watak Datuk Fahad dalam drama bersiri Marina.

Bergandingan dengan Datuk Remy Ishak dan Sophia Albarakbah, naskhah Marina disiarkan secara eksklusif di Tonton.

“Scene paling mencabar adalah apabila saya kena tunjuk Datuk Fahad ni buaya. Susah, saya tak biasa flirt dengan orang macam tu,” kata Hisyam.

Pelakon kelahiran Singapura itu mendedahkan perkara terbabit menerusi sesi temu bual dalam video eksklusif XTRA Tonton Pedas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Dalam pada itu, Hisyam juga disoal mengenai adegan ‘daring’ membuka ‘bathrobe’ yang dijayakan dalam drama bersiri terbabit.

“Sebenarnya, bila dapat skrip Marina, ada beberapa adegan yang agak daring. Kami berbincang dengan pihak produksi untuk buat secara tidak keterlaluan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

“Untuk scene pakai bathrobe tu, kami gunakan teknik kamera dan menutup mana-mana bahagian yang tak sepatutnya didedahkan. Semuanya dilakukan dengan teknik kamera,” kata Hisyam.

Sinopsis Marina

Karya ini membawa penonton menyusuri perjalanan kehidupan Marina, seorang wanita muda yang bercita-cita untuk hidup mewah selepas kematian kakaknya. Marina terjebak dalam hubungan yang rumit dan berbahaya. Namun, akhirnya hubungan itu membawa dia bertemu dengan lelaki yang patah hati yang mungkin menjadi kunci kepada kebahagiaannya.

Dengan gabungan barisan pelakon hebat seperti Sophia Albarakbah, Datuk Remy Ishak, Hisyam Hamid, Muhsin Nadzli, Haneesya Hanee, Shaza Bae dan ramai lagi, drama bersiri 30 episod terbitan Creative Skill Solution yang diarahkan oleh Along Kamaludin ini akan mengisi malam anda dengan pelbagai perasaan – cinta, pengkhianatan, dan harapan yang tidak pasti, bersiaran mulai 25 November 2024, setiap Isnin hingga Khamis.

Marina mengisahkan seorang wanita muda Marina (lakonan Sophia Albarakbah) yang bertekad mengubah nasibnya selepas kematian kakaknya dengan berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Di sana, dia bertemu dengan Datuk Fahad (lakonan Hisyam Hamid), seorang ahli kelab eksklusif yang kaya dan disegani, Marina menganggap beliau sebagai jalan keluar daripada kemiskinannya. Namun, cinta sejati mula tumbuh dalam dirinya apabila dia berkenalan dengan Haqiem (lakonan Datuk Remy Ishak), lelaki yang patah hati selepas ditinggalkan oleh tunangnya. Dalam dilema antara kekayaan dan cinta, Marina terpaksa membuat keputusan yang bakal menentukan nasib hidupnya.

Konflik keluarga

Menariknya, drama ini turut menyelitkan konflik keluarga yang mendalam seperti Haqiem, anak sulung keluarga kaya, terperangkap antara tanggungjawab terhadap perniagaan keluarga dan percintaan bersama Marina. Di sebalik wajah karisma Datuk Fahad yang kelihatan sempurna, tersembunyi sisi gelapnya yang melibatkan kegiatan haram dan konspirasi. Marina pula, yang mengimpikan kehidupan mewah, terpaksa berhadapan dengan ujian dan pengkhianatan yang lebih besar daripada perkara yang disangkakannya.

Mampukah Marina menemukan kebahagiaan sejati di tengah-tengah dugaan hidupnya? Bagaimanakah pula nasib Haqiem dan hubungannya dengan Marina yang diuji dengan pelbagai dugaan yang terus melanda mereka? Saksikan Marina, drama penuh emosi yang akan membuka mata anda tentang erti sebenar cinta, keluarga, dan pengorbanan, mulai 25 November 2024, eksklusif di Tonton. Strim episod baharu melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Thu, 5 Sep 2019
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

「Anugerah Skrin 2018颁奖典礼」新增电视剧类中文奖项

第三电视第22届「Anugerah Skrin 2018颁奖典礼」将于11月2日盛大举行!为了进一步推广本地影视圈发展,让颁奖典礼更添多元性,该颁奖典礼特新增3大电视剧类奖项,同时也是首次增设中文电视剧类奖项!

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Tasha Shilla Tukar Angin, Bakal Berlakon Di Luar Pula?

Wah…semoga dipermudahkan urusan!

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
error: Content is protected !!