Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 3, 2026 @ 1:57pm

Madammu Percaya Kejelitaan Tak Harus Diukur Berdasarkan Standard Fizikal – “Hidung Penyek Ke, Tinggi Ke, Kita Tetap Cantik”

Pempengaruh dan usahawan jelita, Madammu percaya setiap individu memiliki keunikan tersendiri dan kecantikan tidak seharusnya diukur berdasarkan standard fizikal semata-mata.

Menurut pemilik bisnes NOIR ini, falsafah kecantikan yang dibawa jenamanya bukan hanya tertumpu kepada rupa semata-mata, tetapi bagaimana seseorang wanita membawa diri.

“Sebenarnya ia bukan soal cantik atau tidak. Setiap orang ada kecantikan masing-masing. Hidung penyek ke, tinggi ke, kita tetap cantik. Apa yang penting adalah personaliti dan cara kita bawa diri. Semua orang cantik, ia bergantung bagaimana kita membawa diri,” ujarnya.

Tambah Madammu, keyakinan diri dan cara seseorang wanita menampilkan personaliti memainkan peranan besar dalam membentuk persepsi nilai diri, sesuatu yang turut diterapkan dalam pembangunan jenama miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai Wanita Sebenarnya Kalah Dengan Emosi Sendiri” – Madammu

“Bagi saya, ‘mahal’ itu bukan pada rupa saja. Ia pada sikap, cara kita bercakap, cara kita melihat sesuatu dan juga lingkungan kita. Itu yang buat seseorang nampak lebih ‘expensive’. Saya memang pegang prinsip ini dari awal.

“Prinsip sama juga saya terapkan dalam NOIR. Dari segi formulasi produk, kita memang gunakan bahan berkualiti tinggi sebab kita nak wanita rasa yakin dan berbaloi bila guna produk kita,” katanya.

Pendekatan itu, katanya, selari dengan aspirasi NOIR untuk bukan sahaja menjual produk kecantikan, tetapi membina keyakinan diri wanita melalui pengalaman dan kualiti yang ditawarkan.

Madammu ditemui di majlis kolaborasi antara NOIR dan PAUL, baru-baru ini.

Jenama NOIR mengukuhkan kedudukan dalam industri kecantikan menerusi kolaborasi strategik bersama jenama boulangerie Perancis terkenal, PAUL, yang berlangsung sepanjang Ramadan di PAUL Pavilion Kuala Lumpur.

Menurut Madammu, kerjasama ini bukan sekadar jualan, sebaliknya platform pemasaran untuk memperluas pengaruh jenamanya dan membuka laluan ke pasaran antarabangsa, termasuk perancangan pembukaan cawangan baharu pada masa akan datang.

Ditubuhkan pada 2017, NOIR menyasarkan jualan tahunan mencecah RM100 juta selari usaha memperkukuh jenama dan mengembangkan perniagaan.

Melalui PAUL X NOIR, pengunjung turut ditawarkan pengalaman eksklusif menggabungkan elemen gastronomi dan kecantikan, termasuk French Iftar Buffet serta edisi khas L’Amour dalam koleksi Velvet Care Lipstick yang diinspirasikan estetika Perancis.

Sementara itu, Pengarah Urusan PAUL, Jean Pierre Erba berkata kolaborasi ini mencerminkan komitmen PAUL menawarkan pengalaman gaya hidup Perancis autentik yang relevan dengan budaya tempatan, sambil mengekalkan identiti jenama global.

PAUL kini mempunyai lebih 750 cawangan di 45 negara dan terus memperkukuh strategi pertumbuhan berasaskan kehendak pelanggan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Hiburan Mon, 11 Mar 2019
Hiburan Thu, 23 Jan 2020

Emma Maembong Nikah Kerabat Diraja?

Sejak minggu lalu, hangat diperkatan mengenai gosip konnnya Emma Maembong bakal mendirikan rumah tangga tahun ini. Tidak mengiyakan mahupun menidakkan, Emma berkata gosip bakal berkahwin itu adalah satu doa buat dirinya. Sumber mengatakan bakal suami pelakon cantik […]

Hiburan Wed, 25 Mar 2026

“Maaf Abang Tak Mampu Bagi Lebih…” – Ina Naim Sebak Terima Rantai Emas Daripada Hadie Sempena Hadiah Ulang Tahun

Menurut Hadie, dia sedar hadiah yang diberikan tidak seberapa, namun itulah yang termampu untuk membahagiakan insan tersayang.

Anugerah Mon, 13 Mar 2023

Raih Kemenangan Bawa Watak G*y, Aaron Aziz Angkat Drama Yang Terjadi Dalam Masyarakat

Bukan selalu dapat tengok Aaron berlakon bawa watak macam tu.. Tahniah!

Contest Fri, 18 Oct 2019

Stand A Chance To Be Up Close and Personal with KARD now!

ASICS combining with KARD to bring front bolder and more striking colourways for GEL-BND™ sneakers.

Kisah Viral Thu, 6 Jun 2024
Hiburan Sun, 26 Nov 2023
error: Content is protected !!