Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi June 6, 2024 @ 1:07pm

“Setelah Berbulan Dianiaya Emosi, Mental & Perasaan… Aku Belajar Berdamai” – Yaana Lee

Usahawan tempatan terkenal, Nur Liyana atau lebih dikenali sebagai Yaana Lee mencuri perhatian ramai di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Yaana berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah.

Tampil sopan, usahawan yang kini hamil empat bulan itu ternyata mencuri tumpuan ramai apabila menulis soal takdir di ruangan kapsyen perkongsian tersebut.

“Setelah berbulan-bulan dianiaya emosi, mental dan perasaan, akhirnya aku belajar berdamai dengan takdir,” tulisnya berserta emoji hati yang remuk.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian ibu kepada dua cahaya mata itu.

Rata-ratanya menitipkan pesanan agar wanita tersebut terus kuat dan tabah dalam berdepan apa jua dugaan dalam hidup.

Yaana LeeYaana Lee

Terdahulu, Yaana pernah tular apabila mendakwa suaminya yang juga usahawan sering mengikuti wanita-wanita seksi di media sosial.

Malah, usahawan wanita itu turut mendedahkan dia juga tidak mengikuti akaun IG suaminya selama empat tahun gara-gara perbuatan suaminya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan Dakwa Suami Suka Tengok & Follow Perempuan Seksi Di IG, Sabar Hadapi Walau Sedang Hamil – “Bini Kau Simpan Kat Rumah Buat Apa?”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Jun 2023
Trending Tue, 17 Sep 2019

201 Sekolah Di Selangor Ditutup Hari Ini

Makin serius pula jerebu, naik mendadak hingga terpaksa tutup sekolah.

Featured Tue, 19 Nov 2024
Trending Sat, 26 Jun 2021

Drama Bersiri Sabarlah Duhai Hati & Kekasih Hati Mr Bodyguard Bakal Kembali Dengan Sekuel!

Dua drama yang menjadi fenomena di bulan Ramadan dan Syawal baru-baru ini melayangkan berita baik iaitu Sabarlah Duhai Hati dan Kekasih Hati Mr Bodyguard bakal kembali dengan sekuel tidak lama lagi. Peminat drama Melayu tidak […]

Featured Mon, 16 Jun 2025

“Penyakit Yang Paling Saya Takut Adalah Penyakit Ain” – Elfira Loy

Pada awalnya Elfira kurang mempercayai kewujudan penyakit tersebut namun…

Hiburan Thu, 28 Mar 2019

‘Jadi Penyanyi? Tak Kot…’- Radin Selesa Kerja Dalam Konti

Selalunya kalau penyampai radio bila bercakap suara pun dah sedap, kalau menyanyi mesti okay juga kan?

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Mesej Berbaur Seks, Zarina Anjoulie Beri Amaran Pada Jantan Gatal

Dan, perkongsian ini sahaja telah mendapat 5,932 likes dan 606 komen dari pengikut beliau melalui laman instagram tersebut yang majoritinya wanita

error: Content is protected !!