Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 19, 2024 @ 5:00pm

“Kena Campak Skrip, Tengking Itu Bukan Buli” – Rita Rudaini Tampil Beri Respons Dakwaan Artis  Senior ‘Buli’ Pelakon Baharu

Pelakon versatile, Rita Rudaini tampil memberikan resposn susulan kenyataan yang dikeluarkan pelakon baharu yang didakwa dibuli di set penggambaran baru-baru ini.

Kata Rita, sebagai anak seni tidak wujud istilah ‘buli’ di set penggambaran melainkan artis tersebut tidak menghafal skrip atau banyak bermain telefon.

“Sis pun pernah kena buli juga dekat set shooting. Dicampak tapi bukan dengan skrip lah, dicampak dengan kasih sayang.

“Kena campak skrip, tengking ke itu bukan buli. Mungkin banyak main telefon, bertiktok atau tak hafal skrip,” katanya.

Meskipun sudah tiga dekad berada dalam industri, Rita menjelaskan pelakon baharu tidak seharusnya manja apatah lagi industri seni kini semakin kompetitif.

“Selama tiga dekad saya jadi pelakon, tak pernah ada lagi isu buli.

“Kalau campak skrip tu bukan buli. Tekap seterika ke, pukul ke… baru boleh dilabel buli. Manja sungguh!,” ulasnya.

Terdahulu, pengarah dan penerbit Dr Ahmad Idham meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir artis baharu ‘mengadu’ dibuli pelakon senior di set pengambaran.

Berang dengan kenyataan tersebut, Idham menegaskan bahawa isu itu tidak sepatutnya timbul memandangkan pelakon baharu tersebut boleh terus ‘mengadu” kepada pengarah atau penerbit dan bukannya mencari publisiti murahan dengan membuat kenyataan tidak berasas.

ARTIKEL BERKAITAN:Ahmad Idham Kecewa, Artis Baru ‘Lapar’ Publisiti – “Jika Berlaku Insiden Buli, Boleh Maklum Pada Pengarah Bukan…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Awak Merepek Apa Ni Mat”- Ahmad Idham Tegur Pelakon Baru Dakwa Dibuli Artis Senior

ARTIKEL BERKAITAN:Menangis Ditegur Pelakon Senior, Aniq Durar Tak Anggap Ia Tindakan Buli – “Silap Saya Tak Memahami Watak”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Muatnaik Sebab Teruja, Neelofa Janji Tak Buat Lagi!

Neelofa akui tindakan itu dibuat kerana teruja dengan filem itu!

Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Sibuk Jual Kek, Nadiyah Shahab Tangguh Bulan Madu

Hebat penangan kek Absolut Chocolat pasangan selebriti ini!

Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Wow! Si Cantik Uyaina Arshad Bakal Jadi Pengacara Liga Dangdut

Saya adalah pengacara luar pertama. Jadi, banyak mendapat sokongan dan tunjuk ajar daripada rakan pengacara yang lain juga. Pastinya, peluang ini sangat bermakna, segali gus ia menguji kemampuan sebenar saya sebagai pengacara.

Hiburan Wed, 4 Feb 2026
Hiburan Sun, 14 May 2023
Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Featured Fri, 7 May 2021

Jom Daftar Jaringan Prihatin B40: Subsidi RM 180/ RM 300 Untuk Data & Peranti Anda

Baru baru ini,  Kerajaan telah memperkenalkan Program Jaringan Prihatin yang melibatkan melibatkan bantuan sejumlah RM180 seorang dan diperuntukkan untuk 8 juta penerima dari golongan B40 untuk kegunaan berkaitan telekomunikasi. Bantuan kredit ini boleh digunakan untuk belanja […]

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Contest Wed, 27 Nov 2019
error: Content is protected !!