Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin November 28, 2024 @ 1:54pm

Siti Bainun Tarik Balik Rayuan Tangguh Hukuman Penjara 12 Tahun

Peguam Asyraaf Abu Bakar Hamzah yang mewakili Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hari ini memaklumkan kepada pihak Mahkamah Tinggi untuk menarik balik rayuan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun.

Penangguhan rayuan itu dibuat atas dua sabitan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella, tiga tahun lalu.

Kata Asyraaf,  pihaknya menerima arahan daripada anak guam untuk menarik permohonan pelaksanaan dan hukuman yang difailkan di mahkamah sama pada 6 Jun lalu.

“Kami mendapat arahan daripada anak guam untuk menarik balik permohonan dan akan memfokuskan kes di Mahkamah Rayuan, kelak,” katanya.

Pada 23 Mei tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Bache menolak permohonan Siti Bainun untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun itu, selepas mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk membenarkan penggantungan itu.

Namun pada 2 Mei lalu, Mahkamah Sesyen menetapkan keputusan agar wanita yang aktif dengan kerja kebajikan itu kekal atas sabitan dan hukuman penjara.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun, sementara penjara 12 tahun bagi pertuduhan kedua.

Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan.

Selain hukuman penjara, Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Jul 2022
Featured Sun, 10 Nov 2024
Featured Mon, 15 Nov 2021

“Saya Dah Berumur 24 Tahun” – Aktif Berlakon Semenjak Usia Kanak-Kanak & Remaja, Netizen Tak Boleh Terima Afieq Shazwan Bawa Watak Suami

Penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan mendedahkan ramai peminat tidak dapat menerima lakonannya sebagai lelaki dewasa. Terlibat dalam industri hiburan semenjak di usia kanak-kanak, Afieq kini memegang watak sebagai seorang suami dalam drama bersiri Diari Seorang […]

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Tiada Hos Utama, Tiga Kategori Baharu Dipertandingkan Antara Kelainan ASK 2018

Acara karpet merah akan dihoskan oleh Aaron Al- Fateh dan Ain Edruce di mana ia akan bersiaran langsung menerusi Pop TV pada pukul 8.30 malam sehingga 9 malam di NTV7. Penonton juga boleh menyaksikan acara ini secara siaran langsung di Facebook ntv7 Malaysia.

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Trending Wed, 23 Oct 2019
Hiburan Mon, 24 Mar 2025
error: Content is protected !!