Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 3, 2024 @ 6:00pm

AJL38: Surprise! Alif Satar Kendalikan Majlis Anugerah Bersama Sherry Alhadad

Selebriti versatil, Alif Satar, diumumkan pengacara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 bersama Sherry Alhadad, pada siaran langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini.

Sebagai kejutan saat akhir, pengumuman TV3 itu menjawab persoalan peminat mengenai siapakah yang bakal menemani Sherry beraksi di pentas anugerah berprestij itu.

Malah, kemunculan Alif di pentas AJL 38, mengubat rindu peminat yang mahu Sherry dan artis serba boleh itu digandingkan lagi, selepas dua kali mereka mengemudi AJL, iaitu pada edisi ke-32 dan ke-33.

Turut menggalas tugas selaku pengacara karpet merah AJL 38 ialah penyampai Hot FM, Fizi Ali dan pengacara Fizzy Frizzy.

Jangan lupa saksikan siaran langsung AJL 38 dari Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, mulai jam 9 malam di TV3.

Peminat juga boleh mengikuti AJL 38 melalui strim secara eksklusif di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 2 Feb 2025

Sambut Ulang Tahun Ke-23 Dengan Konsert Di Axiata Arena, Nidji Janjikan Aksi Terbaik Demi Peminat

Kumpulan muzik popular Indonesia, Nidji bakal mengegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil dengan konsert solo yang bakal berlangsung malam ini (2 Februari 2025). Konsert solo berskala besar ini diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-23 kumpulan Nidji […]

Hiburan Sun, 4 Mar 2018

Kekasih Hadiahkan Elvina Kuda Argentina

Kuda yang diberi nama Indiana baka Argentina pemberian untuk bakal suri hati Elvina

Hiburan Mon, 15 Apr 2019
Hiburan Tue, 28 Jan 2020
Hiburan Sat, 12 Oct 2019

‘Terima Kasih Doakan Saya, Bayi’- Kaka Azraff

Alhamdulillah… Tahniah Kaka & Adam!

error: Content is protected !!