Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi February 2, 2025 @ 11:29am

Sambut Ulang Tahun Ke-23 Dengan Konsert Di Axiata Arena, Nidji Janjikan Aksi Terbaik Demi Peminat

Kumpulan muzik popular Indonesia, Nidji bakal mengegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil dengan konsert solo yang bakal berlangsung malam ini (2 Februari 2025).

Konsert solo berskala besar ini diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-23 kumpulan Nidji berkarya dan terhasilnya album ke-6 mereka.

Menurut vokalis Nidji, Ubay, mereka tidak sabar bertemu dengan peminat dan menyajikan penampilan terbaik.

“Kami sudah banyak melakukan persiapan. Apa yang pasti, kami akan menjanjikan yang terbaik buat semua peminat. Semoga semua berkenan dan pulang dengan memori yang indah dan hati yang bahagia,” katanya.

Bila ditanya mengenai pemilihan Malaysia sebagai lokasi pertama bagi konsert solo berskala besar mereka, Nidji tidak menyangka penerimaan peminat di Malaysia sangat luar biasa meskipun mereka kini memiliki vokalis baharu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

“Kami tidak menyangka bahawa sambutan yang kami terima begitu luar biasa. Kami berfikir dengan adanya vokalis baharu, band kami akan biasa saja. Tapi sebaliknya terjadi. Kami menerima respons luar biasa, lebih-lebih lagi ketika melakukan promosi konsert kami di Bukit Bintang beberapa bulan lalu.

“Kami tidak sangka dengan hadirnya 3,000 peminat membanjiri lokasi terbabit. Ketika itu kami bercadang untuk menyanyikan 2 lagu sahaja tetapi berubah menjadi 5 lagu disebabkan sambutan hangat dari peminat,” kata Ubay.

Sebagai penampilan istimewa, Nidji memilih Kugiran Masdo sebagai artis undangan dan menjadi sebahagian dari konsert solo mereka.

“Kami memang sudah lama berhubung, berteman dan sudah beberapa kali Kugiran Masdo datang ke Jakarta untuk menyaksikan konsert kami.

“Kugiran Masdo bukan persembahan pembukaan, tapi akan menjadi sebahagian dari konsert Nidji 2.3: The New Chapter,” tambahnya.

Konsert Nidji 2.3: The New Chapter dibawakan oleh MND Sport & Event.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jan 2023

Sebak Kenang Nasib Ibu Saudara, Ahli Keluarga Isteri Pertama Zainal Abidin Hassan Buka Mulut

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – ahli keluarga

Featured Mon, 31 Jan 2022
Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Aziz Harun Penakut?

Eh kenapa pula tu?

Hiburan Sat, 16 Feb 2019

‘ Minta Maaf Atau…’- Misha Omar Kecewa Difitnah Guna ‘Mak Esah’ Di AJL33

Siapa yang tak bengang kan kalau dituduh bukan-bukan? Semoga pihak berkenaan tampil dan mohon maaf kalau tidak…

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Nora Danish Jawab Isu Pengasuh Dera Kanak-Kanak

Seiring dengan kes penderaan yang kini semakin menjadi-jadi, pelakon, Nora Danish berharap pihak berkuasa membuat tindakan ke atas kes tersebut.

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Sun, 23 Feb 2025

Nadin Amizah Bawa ‘Malam Mendengar’ Ke Kuala Lumpur

Tak sabar nak tunggu Nadin Amizah!

error: Content is protected !!