Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 26, 2024 @ 7:30pm

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas dihiburkan dengan persembahan mantap kumpulan legenda terkenal, Wings.

Aksi pembukaan konsert Wings The Rock Emperor Penang Chapter dengan persembahan ala teaterikal disambut dengan jeritan hangat peminat yang tidak sabar menanti persembahan kumpulan rock otai itu.

Apabila Datuk Awie, Eddie, Black, Edrie serta Syam melangkah masuk ke pentas utama, penonton semakin menggila dan Wings pun mula memacu langkah memulakan persembahan dengan lagu Romania, Jumpa Hilang dan Lubuk Pusing.

Deretan lagu popular seperti Bujang Senang, Bernafas Dalam Lumpur, Peronda Jaket Biru, Sayap Ilusi, Hukum Karma, Ingatkan Dia, Rantai, Nurnilam Sari, Opera Hidup, Awang Trasher, Lipas Kudung dan Sejati membuatkan penonton tenggelam dalam kelunakan vokal memukau Awie yang dilengkapkan dengan persembahan muzik mengasyikkan semua anggota Wings.

Wings juga sempat memuatkan enam lagu popular iaitu Biarkan Berlalu, Intan Ku Kesepian, Belenggu Irama, Anugerah, Misteri Mimpi Syakilla dan Taman Rashidah Utama dalam sebuah persembahan medley.

Menariknya, Wings juga sempat membawakan lagu-lagu tribute yang mempopularkan nama Awie sebagai penyanyi solo iaitu Bara dan Dipenjara Janji yang turut dipersembahkan dengan lagu Like Hell, nyanyian asal kumpulan Loudness.

Wings juga tidak lupa untuk mendedikasikan untuk saudara di Palestin, Allah Allah Aghisna diiringi dengan doa ikhlas memohon kesejahteraan mereka di sana.

Dalam pada itu, kumpulan otai itu turut berkongsi bingkisan perancangan mereka untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain.

“Insya-Allah, kami mempunyai beberapa perancangan untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain. Setakat ini, semuanya dalam perancangan dan kini, kami sudah merisik dua lokasi di bahagian sana.

“Kami mahu datang dengan kelainan dan mempunyai perancangan untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain. Industri muzik kita sekarang meriah dengan konsert, tetapi banyak persembahan tertumpu di kawasan Lembah Klang. Jadi, kami memilih untuk menghiburkan peminat di lokasi lain.

“Jika tiada aral, konsert bakal berlangsung di Pantai Timur dan kami menjangkakan ia bakal menjadi kenyataan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Doakan semua perancangan kami untuk membawa The Rock Emperor ke destinasi lain berjalan lancar,” kata Awie.

Dihoskan oleh penyampai radio Kool 101, Haiza, Wings The Rock Emperor Penang Chapter adalah susulan kejayaan persembahan mega dengan konsep sama di Singapura dan Shah Alam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

郭晓东欲成立咖啡学院「影视音乐作品明年再说吧!」

郭晓东(小东)与女友Zen俊倩今年2月自创精品咖啡品牌「TAZ STORY」正式推介;日前小东在《咖啡杯测分享会》上道出他下半年计划重心将放在咖啡艺术,欲成立咖啡学院!

Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Emma Maembong Dah Ada Kekasih Hati?

Kalau betul pun apa salahnya kan?

Trending Mon, 21 Jun 2021

Muncul Dengan Lagu Duet, Daniesh Suffian Tumpang Populariti Aina Abdul?

Penyanyi baru, Daniesh Suffian kini muncul dengan lagu duet bersama Aina Abdul yang berjudul Warna Warni. Baru sahaja dilancarkan, single ciptaan Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan Mas Dewangga ini merupakan usahasama antara MonkeyBone dan platfom […]

Featured Tue, 26 Oct 2021

Manusia Terkaya Dunia, Jeff Bezos Mahu Bina ‘Business Park’ Di Angkasa

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas Amazon, Jeff Bezos yang juga mempunyai syarikat aero angkasanya tersendiri, Blue Origin. Blue Origin yang juga merupakan syarikat pelancongan angkasa baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat ini bercadang untuk membina […]

Trending Tue, 27 Apr 2021
Featured Wed, 15 Apr 2026

Isu Duit Belanja RM3, Shakilla Khoriri Perjelas Tak Culas Tanggungjawab – “Ameena Bukan Jenis Yang Suka Beli Perkara Yang Tak Perlu”

Shakilla Khoriri tampil menjelaskan isu wang belanja persekolahan sebanyak RM3 yang diberikan kepada anaknya, Ameena Sofia.

error: Content is protected !!